WASHINGTON, 3 OGOS – Dewan Senat dijangka mengesahkan kemasukkan Finland dan Sweden sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), satu langkah penting dalam meluaskan pakatan tentera barat dengan menunjukkan sokongan terhadap Amerika Syarikat (AS) dalam tindak balas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
AS dan sekutu Eropah telah memperbaharui kerjasama dalam berdepan tindakan agresif Presiden Rusia, Vladimir Putin, sekaligus mengukuhkan sekutu NATO yang ditubuh selepas Perang Dunia Kedua.
Setiap anggota NATO perlu meluluskan penyertaan ahli baharu. Dewan Senat dijangka mengadakan satu siri debat termasuk mengemukakan dua usul pindaan.
Antara pindaan yang akan dibawa oleh Senator, Dan Sullivan adalah semua anggota NATO akan membelanjakan dua peratus daripada KDNK kepada aktiviti ketenteraan dan membelanjakan 20 peratus bajet pertahanan kepada ‘kelengkapan utama, termasuk penyelidikan dan pembangunan’. – AP