Senat sekat deklarasi tembok sempadan Trump

WASHINGTON, 14 Mac – Senat yang diketuai Republikan dijangka akan memberi teguran ke atas Donald Trump berhubung pengisytiharan darurat kebangsaan oleh beliau di sempadan Mexico, dengan hanya satu persoalan berapa ramai senator GOP akan menyertai Demokrat untuk menentang beliau.

Pihak Republikan meramalkan bahawa undi konfrontasi hari ini akan memperlihatkan Kongres memberikan Trump resolusi yang menyekat darurat sempadan yang diisytiharkan beliau bulan lalu untuk penambahan AS$3.6 bilion bagi membina tembok sempadan.

Sejak Dewan yang dikawal Demokrat meluluskan langkah itu bulan lalu, undi Senat akan memaksa Trump bagi menggunakan veto untuk melindungi mandat kempen pilihan raya presiden beliau ‘Build the Wall’ dari tentangan partinya sendiri.

“Itu disifatkan sebagai ‘tutup semua lampu, pesta telah berakhir,” kata Sen, John Kennedy, R-La, dalam mengingati ungkapan kegemaran juruhebah ‘Monday Night Football’ apabila tewas perlawanan.

Keputusan resolusi Senat telah dimuktamadkan semalam selepas kegagalan usaha Rumah Putih dan senator-senator GOP untuk mencapai kesepakatan berhubung perundangan berasingan oleh Sen Mike Lee, R-Utah, yang membataskan kuasa presiden untuk mengisytiharkan darurat pada masa akan datang.

Para ahli undangan Republikan berharap perjanjian berhubung langkah itu akan membantu lebih lagi ramai mereka menyokong darurat sempadan Trump dalam undi hari ini.

Namun beberapa ahli Republikan dibelenggu dilema bertikai: menentang Trump dan para pengundi konservatif yang ghairah menyokong Trump, atau menyetujui apa yang dianggap oleh ramai ahli undangan dari kedua-dua parti perluasan kuasa presiden yang berbahaya dan dicurgai.

Dengan Republikan mengawal Senat, 53-47, hanya empat GOP berpaling tadah akan cukup meluluskan resolusi yang membatalkan darurat sempadan Trump. – AP