Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Senator Australia kedua undur diri

CANBERRA, Australia, 18 Julai – Senator Australia kedua dalam tempoh kurang seminggu hari ini berkata dia berundur dari parlimen selepas mengetahui dia mempunyai dua kewarganegaraan dan justeru itu dia sebenar tidak pernah dilantik. Kontroversi itu menimbulkan persoalan tentang berapa ramai lagi ahli undangan yang juga mungkin tidak berhak untuk berada dalam parlimen.

Larissa Waters, penolong ketua bersama parti kecil, Greens, berkata dia berundur setelah enam tahun sebagai senator selepas Suruhanjaya Tinggi Kanada di Canberra memaklumkan padanya semalam bahawa dia adalah warga Kanada.

Jumaat lalu seorang lagi penolong bersama dari parti Greens, Scott Ludlam mendedahkan bahawa dia adalah warga New Zealand dan juga warga Australia, yang menjadikan dirinya tidak layak bagi jawatan Senat yang telah dipegangnya sejak Julai 2008.

Perlembagaan Australia menyatakan bahawa ‘warganegara kuasa asing’ tidak layak dilantik ke Parlimen.

Waters, yang pada Mei lalu menjadi ahli undangan pertama menyusukan anak dalam parlimen, lahir di bandar Winnipeg, Kanada pada 8 Februari 1977, dari ibu bapanya warga Australia. Dia berpindah ke Australia sebelum berusia setahun.

Imej dari rakaman video menunjukkan Sen. Larissa Waters, menyampaikan sidang akhbar di Brisbane, Australia pada 18 Julai 2017. – AP
Imej dari rakaman video menunjukkan Sen. Larissa Waters, menyampaikan sidang akhbar di Brisbane, Australia pada 18 Julai 2017. – AP

Menurutnya dia menyangka dia mempunyai pilihan menjadi warga Kanada dan tidak mengambilnya. Sejak itu dia mengetahui undang-undang telah berubah seminggu selepas dia dilahirkan, bermakna dia secara automatik menjadi warga Kanada melainkan dia mengambil langkah untuk mencegahnya.

Waters berkata ahli-ahli undangan lain yang lahir di luar negara dikalangan 226 orang dalam parlimen mungkin mendapati diri mereka dalam kerumitan serupa.

“Terdapat ramai ahli politik dalam Senat dan Dewan Perwakilan persekutuan yang lahir di luar negara dan mungkin yang lain itu terpaksa membuat pendedahan mengaibkan ini juga,” Waters memberitahu para pemberita dengan penuh emosi.

“Tetapi saya boleh merasa yakin pada detik mengetahuinya. Saya telah mengambil langkah mengumumkan bahawa saya sedih untuk meletak jawatan,” tambahnya. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -