Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Senegal juara AFCON

    YAOUNDE, 7 FEB – Sadio Mane menebus kesilapan penalti pada masa biasa untuk menjaringkan penalti penentu ketika Senegal mengatasi Mesir kendalian Mohamed Salah 4-2 dalam penentuan sepakan penalti untuk memenangi kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pertama mereka selepas final kelmarin berakhir tanpa jaringan meskipun pada tambahan masa.

    Mane telah melihat Mohamed Abou Gabal menyelamatkan sepakan penalti pada minit ketujuh di Stadium Olembe di Yaounde tetapi Mesir tidak dapat memanfaatkannya apabila mereka terheret ke masa tambahan untuk perlawanan keempat berturut-turut di AFCON ini.

    Salah sepatutnya bangkit untuk mengambil penalti kelima Mesir tetapi dengan tendangan Mohamed Abdelmonem terkena tiang dan percubaan Mohanad Lasheen diselamatkan oleh Edouard Mendy, pemain bintang Liverpool itu tidak mendapat peluangnya dan sudah hampir menitiskan air mata apabila rakan sepasukan kelab, Mane bersedia untuk melakukan sepakan penalti penentuan.

    Selepas dua kekalahan terakhir sebelum ini, Senegal akhirnya menjadi pemenang AFCON, manakala Mesir terlepas rekod menjulang mahkota benua kelapan yang juga merupakan yang pertama buat Salah.

    “Ia hanya menunjukkan bahawa jika awda bekerja keras, jika awda bertahan, awda akan mendapat apa yang awda mahukan,” kata jurulatih Senegal, Aliou Cisse kepada penyiar beIN Sports.

    “Saya sangat beremosi kerana rakyat Senegal mahukan trofi ini selama 60 tahun.”

    Abou Gabal, yang dinamakan pemain terbaik perlawanan, merumuskan mood Mesir, berkata: “Kami benar-benar kecewa tetapi itulah bola sepak, sama ada awda menang atau kalah.” – AFP

    Reaksi pemain Senegal meraikan kemenangan Piala AFCON setelah menewaskan Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...