Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Senegal kecam Ukraine ambil tentera upahan

    DAKAR, 4 MAC – Senegal mengecam kedutaan Ukraine kerana menyeru pejuang menyertai usahanya untuk menangkis pencerobohan Rusia, memberi amaran bahawa merekrut tentera upahan malah sukarelawan melanggar undang-undangnya.

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan petang kelmarin, kementerian luar Senegal berkata ia telah memanggil duta Ukraine selepas membaca, ‘dengan rasa terkejut’, satu catatan dari laman Facebook kedutaan menggesa warga asing untuk mendaftar.

    Duta Kyiv ke Senegal, Yuril Pyvovarov, memberitahu kementerian luar negeri bahawa 36 warga Senegal sudah menjadi sukarelawan, menurut kenyataan tersebut.

    Kementerian berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan menggesa kedutaan itu menarik balik arahannya.

    “Pengambilan sukarelawan, askar upahan atau pejuang musuh di wilayah Senegal adalah haram,” tambahan dari kenyataan itu.

    Pada Rabu, Senegal terkecuali daripada mengundi pada resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diterima pakai secara meluas, menuntut Rusia segera berundur dari Ukraine.

    Kerajaan menyatakan selepas itu bahawa ia amat prihatin dengan keadaan di Ukraine tetapi ia mematuhi “prinsip ketidakselarasan dan penyelesaian pertikaian secara aman.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...