Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Senegal mara ke separuh akhir AFCON

    YAOUNDE, 31 JAN – Sadio Mane telah membantu pasukan Senegal untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mengecewakan pasukan Equatorial Guinea dengan kemenangan 3-1 di Yaounde kelmarin.

    Mane membantu rakan sepasukan Famara Diedhiou membuka jaringan gol semasa pertembungan lapan terakhir tetapi Equatorial Guinea kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan Jannick Buyla pada awal separuh masa kedua.

    Pemain gantian, Cheikhou Kouyate dan Ismaila Sarr kemudiannya masing-masing menjaringkan gol kemenangan untuk meletakkan Senegal mara ke separuh akhir dan pertemuan dengan Burkina Faso pada Rabu nanti di tempat yang sama iaitu Stadium Ahmadou Ahidjo di ibu kota Cameroon.

    Pasukan ranking teratas Afrika kekal dalam landasan betul untuk memenangi gelaran juara pertama AFCON, tiga tahun selepas tewas kepada Algeria di perlawanan akhir di Mesir.

    Mane dibenarkan untuk terus bermain selepas disyaki mengalami konkusi semasa perlanggaran teruk ketika Senegal menang 2-0 ke atas Cape Verde pada pusingan terakhir.

    Pemain berusia 29 tahun itu akan bertemu dengan rakan sepasukan dari Liverpool iaitu Mohamed Salah apabila dia memasuki stadium tersebut, sementara itu Mesir telah menewaskan Maghribi dalam perlawanan suku akhir yang baru sahaja berlangsung.

    Sekarang Mane akan menyertai Salah untuk kekal hingga ke penghujung minggu dalam kejuaraan itu. Mereka akan bertemu di perlawanan akhir, dengan pasukan Mesir yang akan berdepan dengan Cameroon untuk menempah tempat empat terakhir pada Khamis nanti.

    Menerima sokongan majoriti oleh penonton, Lions of Teranga mendahului sebelum tamat setengah jam Mane mengaturkan Diedhiou untuk menjaringkan gol.

    Equatorial Guinea, yang telah menyingkirkan Mali menerusi sepakan penalti pada pusingan terakhir, mereka sangka mendapat penalti pada separuh masa pertama ketika tangan Kalidou Koulibaly tersentuh bola, tetapi pengadil Afrika Selatan membatalkan keputusan itu selepas menyemak semula. – AFP

    Aksi Iban Salvador bersaing untuk mendapatkan bola dengan Sadio Mane semasa perlawanan suku akhir AFCON antara Senegal dan Guinea di stadium Ahmadou Ahidjo di Yaounde, 30 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...