Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Senegal pertaruhkan kecergasan Mane

    PARIS, 11 NOV – Sadio Mane tetap akan disenaraikan dalam skuad Senegal ke Piala Dunia walaupun mengalami kecederaan baru-baru ini, menurut sumber dalaman persekutuan bola sepak negara itu.

    “Sesuatu yang pasti, Sadio Mane akan termasuk dalam senarai.”

    Mane yang menduduki tempat kedua pada anugerah Ballon d’Or tahun ini di belakang Karim Benzema, cedera ketika Bayern Munich menewaskan Werder Bremen 6-1, baru-baru ini.

    Dia disahkan mengalami kecederaan pada kaki kanan dan menurut Bayern, Mane akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk tempoh beberapa hari lagi.

    Di sebalik kecederaan yang dialaminya, sumber berkata Mane kekal tenang, bersikap profesional dan mengerti ia adalah lumrah sebagai pemain bola sepak.

    Penyerang berusia 30 tahun itu menjaringkan penalti kemenangan ketika membantu Senegal menjuarai Piala Negara-negara Afrika selepas menewaskan Mesir, Februari lalu.
    Mane turut menjaringkan penalti penting pada playoff Piala Dunia sebulan selepas itu ketika menewaskan lawan sama yang diketuai Mohamed Salah.

    Dia diketepikan untuk aksi terakhir Bayern menentang Schalke pada Sabtu ini sebelum saingan liga berhenti untuk Piala Dunia.

    Doktor pasukan Senegal, Manuel Afonso pergi ke Munich untuk menilai tahap kecederaan Mane dan pasukannya berharap dia akan cergas sebelum aksi pembukaan menentang Belanda pada 21 November. – AFP

    Gambar faik aksi Sadio Mane semasa bermain menentang Mesir di Piala Negara-negara Afrika pada 6 Februari lalu. Mane tetap disenaraikan ke dalam skuad meskipun mengalami kecederaan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...