Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sengkuang penyejuk badan

    SENGKUANG banyak dimakan mentah selain daripada dijadikan sebagai bahan dalam masakan. Menariknya, sengkuang mentah sangat sesuai dijadikan sebagai salad atau kerabu kerana ia tidak bertukar warna setelah dikupas dan dipotong. Apabila dimasak, sengkuang akan menyerap rasa bahan lain menjadikannya serasi dengan berbagai-bagai sayuran.

    Dikenali juga dengan nama botaninya Pachyrhizus Erosus (L.) Urban, sengkuang adalah tumbuhan bawah tanah yang memiliki kulit nipis dan terdapat akar kecil pada buahnya.

    Akarnya menjadi ubi. Sengkuang yang ditanam, satu pokok menghasilkan sebiji ubi yang bujur bulat. Sengkuang liar, satu pokok menghasilkan beberapa ubi yang memanjang. Isi sengkuang berwarna putih. Ia memiliki rasa manis serta kekacangan serta bertekstur ranggup.

    Sengkuang dikatakan berasal dari Mexico dan Amerika Tengah hingga ke Costa Rica. Kini ia ditanam atau tumbuh liar di kawasan tropika dunia.

    Khasiat

    Ubi sengkuang amat rendah kalori dan dikatakan mengandungi kira-kira 35 kalori bagi 100 gram ubi. Namun begitu, ia memiliki kandungan tinggi fito zat yang termasuk serat pemakanan dan antioksidan serta beberapa jumlah kecil mineral dan vitamin.

    Ubi sengkuang mempunyai kandungan kimia yang sejuk dan mampu digunakan untuk mengurangkan demam.
    Ubi sengkuang mempunyai kandungan kimia yang sejuk dan mampu digunakan untuk mengurangkan demam.

    Ubi sengkuang juga dikatakan kaya dengan Vitamin C. Ia juga turut mengandungi sejumlah kecil kumpulan Vitamin B-kompleks seperti folat, riboflavin, pyridoxine, asid pantothenic dan thiamin. Selain itu, ia juga turut memiliki sejumlah mineral penting seperti magnesium, tembaga, besi dan mangan.

    Sumber serat pemakanan mudah larut

    Dikatakan juga sengkuang adalah sumber terbaik serat pemakanan dan sumber yang sangat baik oligofruktos insulin iaitu serat pemakanan yang mudah larut.

    Insulin bebas kalori dan tidak memetabolismekan dalam tubuh manusia sekali gus membuatkan ubinya sesuai dijadikan makanan ringan untuk penghidap diabetes dan mereka yang ingin mengawal pemakanan mereka.

    Bantu kurangkan kolestrol

    Kandungan air dan serat dalam ubi sengkuang juga dikatakan mampu membantu merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

    Ditambah pula dengan kandungan bahan C dalam ubi kayu yang berfungsi sebagai antioksidan yang juga dikatakan mampu membantu dalam pengurangan tahap kolestrol dalam darah.

    Menghaluskan kulit

    Kandungan Vitamin B1 dan Vitamin C yang terdapat dalam ubi sengkuang dikatakan mampu menjadikan kulit kelihatan cerah dan halus.

    Dikatakan jika anda menggunakan ubi sengkuang yang telah diparut sebagai topeng muka, ia mampu mengurangkan parut-parut jerawat pada muka.

    Kehadiran fitoestrogen dalam sengkuang dikatakan dapat mengurangkan kedutan.
    Kehadiran fitoestrogen dalam sengkuang dikatakan dapat mengurangkan kedutan.
    Biji sengkuang dapat ditumbuk lumat dan dicampur dengan belerang untuk merawat penyakit kulit seperti kurap.
    Biji sengkuang dapat ditumbuk lumat dan dicampur dengan belerang untuk merawat penyakit kulit seperti kurap.

    Membantu mengurangkan kedutan

    Ubi sengkuang juga dikatakan salah satu sumber makanan yang mengandungi fitoestrogen. Kehadiran fitoestrogen adalah penting terutamanya apabila wanita memasuki tahap menopaus kerana ia membantu mengurangkan kedutan dan penuaan organ-organ tulang.

    Mengurangkan demam

    Ubi sengkuang mempunyai kandungan kimia yang sejuk dan mampu digunakan untuk mengurangkan demam.

    Dikatakan ubi sengkuang boleh dikeringkan dan dijadikan sebagai ubat herba yang direbus dan diminum untuk mengatasi demam panas, menyejukkan badan apabila berasa panas.

    Melawaskan pembuangan air kecil

    Jus ubi sengkuang di campur gula dan diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, penawar demam kuning dan gout.

    Penawar kurap

    Selain ubi, biji sengkuang pula dikatakan juga menawarkan khasiatnya yang tersendiri. Biji sengkuang dikatakan boleh ditumbuk lumat dan dicampur belerang sebelum ditampal pada penyakit kulit yang berjangkit apabila digaru.

    Separuh daripada satu biji sengkuang dihancurkan dan ditelan untuk melawaskan pembuangan. Kalau terasa racun biji sengkuang, penawarnya adalah dengan meminum air kelapa muda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda