Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Seni arca tergantung hiasi atrium muzium

    CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN, 16 SEPT – Seni arca artis Malagasy Joel Andrianomearisoa sedang menghiasi atrium Muzium Kontemporari Seni Afrika Zeitz di Cape Town.

    Seni arca Malagasy dalam kertas sutera hitam itu tergantung di atrium muzium. Kerja seni tersebut membentuk perhiasan gantungan besar yang memberikan gambaran geografi gugusan kepulauan dan menumpu pada keunikan dinding konkrit melengkung bangunan tersebut.

    Struktur pada mulanya berfungsi sebagai silo bijirin di pelabuhan Cape Town, dan muzium dicipta dengan mengeluarkan sebahagian dinding dalaman dan reka bentuk ini dibuat khas untuk atrium.

    ”Ia merupakan satu penghormatan bagi muzium kerana dapat mempamerkan kerja seni pada skala ini,” kata Koyo Kouoh, pengarah eksekutif dan ketua kurator Muzium Zeitz dalam satu kenyataan mengenai hasil karya bertajuk ‘The Five Continents’.

    “Menggabungkan sentimen dan nilai-nilai yang menekankan misi kami berjaya menghasilkan kerja seni yang mengagumkan ini.”

    Kerja seni Andrianomearisoa termasuk elemen bunyi dan lukisan artis.

    Andrianomearisoa, dilahir pada tahun 1977, bekerja di Madagascar dan Perancis. Pada 2019, beliau mewakili Madagascar pada Venice Biennale dan karyanya dipamerkan di Muzium Nasional Seni Afrika Smithsonian dan muzium Pompidou di Paris.

    Hasil karyanya juga dipamerkan di The Studio Muzium di Harlem, New York dan Colection Yavarhoussen di Antananarivo, Madagascar. – AP

    Perhiasan gantungan oleh artis Joel Andrianomearisoa kelihatan di Muzium Seni Kontemporari Afrika Zeitz di Cape Town, Afrika Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...