Saturday, May 17, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni budaya Cina di Palm Beach

    PALM BEACH, Amerika Syarikat – Laurie Barnes adalah salah seorang daripada mereka yang gemar melakukan sesuatu apa yang mereka suka dan mendapat bayaran darinya. Beliau telah bekerja selama beberapa dekad sebagai kurator untuk menggalakkan seni masyarakat Cina di Palm Beach, sebuah bandar Florida selatan di mana tidak ramai kaum Cina tinggal di sana.

    Namun Barnes ketika usianya kini dalam 60-an, merasa begitu dihargai setiap hari kerana dapat membantu rakyat Amerika untuk memahami China dengan lebih lanjut lagi.

    “Saya memberitahu orang ramai bahawa abad ke-20 adalah abad bagi masyarakat Amerika, dan abad ke-19 adalah abad masyarakat British, tetapi pada abad ke-21, ia berkemungkinan abad masyarakat Cina. Jadi saya berfikir bahawa semua orang di dunia ini perlu menunjukkan minat terhadap kebudayaan Cina kerana ia adalah masa atau zaman buat China,” kata Barnes.

    Cinta dengan budaya Cina

    Semasa beliau masih kanak-kanak, Barnes akan pergi ke rumah datuk dan nenek beliau di kawasan Washington D.C selama enam minggu pada musim panas. Dia suka melawat muzium-muzium, termasuklah galeri kegemarannya Freer Gallery of Art.

    Laurie Barnes telah bekerja selama beberapa dekad sebagai kurator untuk menggalakkan seni masyarakat Cina di Palm Beach, sebuah bandar Florida selatan di mana tidak ramai kaum Cina tinggal di sana.
    Laurie Barnes telah bekerja selama beberapa dekad sebagai kurator untuk menggalakkan seni masyarakat Cina di Palm Beach, sebuah bandar Florida selatan di mana tidak ramai kaum Cina tinggal di sana.
    Salah satu tanggungjawab Barnes sebagai kurator adalah untuk membentangkan koleksi-koleksi istimewa itu kepada para pengunjung dalam cara yang mudah dan senang diakses. Ia bukanlah suatu pekerjaan yang mudah di sebuah bandar yang secara tradisinya adalah budaya Amerika.
    Salah satu tanggungjawab Barnes sebagai kurator adalah untuk membentangkan koleksi-koleksi istimewa itu kepada para pengunjung dalam cara yang mudah dan senang diakses. Ia bukanlah suatu pekerjaan yang mudah di sebuah bandar yang secara tradisinya adalah budaya Amerika.

    “Ia mempunyai suatu tarikan yang ajaib mengenai seni masyarakat Cina yang benar-benar memukau saya,” katanya. Kemudian dia membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya dengan mempelajari objek-objek tertentu semasa masih kanak-kanak dan membantu yang lain untuk menghargainya.

    Dia mula bekerja di Norton Museum of Art di Palm Beach pada tahun 2006 apabila Elizabeth B. Mcgraw, kurator seni Cina, berharap untuk mengembangkan koleksi muzium Cina dan menjadinya mudah untuk diakses kepada orang ramai.

    Muzium ini mempunyai koleksi-koleksi Cina selama lebih setengah abad. Selama bertahun-tahun, koleksi itu meningkat daripada 125 objek pada awalnya kepada kira-kira 600, dari seni ukiran jed halus, lukisan-lukisan, patung-patung Buddha, dan beberapa keping porselin.

    Barnes berkata pameran itu wujud kerana pengasas muzium Ralph Norton mahu untuk mempamerkan sesuatu yang lain daripada seni Barat, dan memilih untuk memberi tumpuan kepada seni Cina.

     Salah satu tanggungjawab Barnes sebagai kurator adalah untuk membentangkan koleksi-koleksi istimewa itu kepada para pengunjung dengan cara yang mudah dan senang diakses. Ia bukanlah suatu pekerjaan yang mudah di sebuah bandar yang secara tradisinya adalah budaya Amerika.

    “Dalam budaya Cina, naga boleh membawa tuah, dan ia tidak menakutkan,” Barnes memberitahu kepada sekumpulan pelawat, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, di hadapan artifak bumbung yang mempunyai dua ekor naga. Ianya diperbuat daripada tembikar, dihiasi dengan ambar, mata naga yang bersinar.

    Barnes membandingkan naga itu seperti “anak-anak anjing sedang bermain dengan permata yang menyala,” yang telah memukau kanak-kanak sekolah itu dan menunjukkan minat terhadap haiwan legenda dari Timur ini.

    “Ini adalah anak-anak saya dan mereka baru pernah melihat pameran seumpamanya di dalam sebuah muzium, saya rasa mereka menyukainya, dan naga tersebut memang memukaukan anak lelaki saya,” kata Fabiola Williams, seorang ibu muda melawat bersama dua anaknya.

    “Apabila anda dapat mengajak orang ramai untuk menyaksikannya, dan memberikan mereka beberapa maklumat, mencipta sebuah cerita mengenainya, mereka akan menikmatinya,” kata Barnes, sambil menambah bahawa beliau cuba untuk berinteraksi dengan pelbagai masyarakat yang lebih meluas.

    Muzium ini melancarkan program-program khas pada hari cuti terpenting bagi masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina dan Mid-Autumn Festival. Scott Benarde, pengarah komunikasi muzium, memberitahu Xinhua bahawa lebih daripada 2,000 orang datang mengunjungi dalam sehari pada Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, manakala 600 atau 700 orang datang melawat pada perayaan Mid-Autumn Festival.

    “Saya boleh katakan mereka sangat berminat,” kata Benarde.

    Beliau pernah menjalankan sebuah pameran mengenai impak dan kesan budaya teh di seluruh dunia sejak kebanyakan daripada keping-keping seramik kegemarannya berhubungkait dengan teh.
    Beliau pernah menjalankan sebuah pameran mengenai impak dan kesan budaya teh di seluruh dunia sejak kebanyakan daripada keping-keping seramik kegemarannya berhubungkait dengan teh.

    Membuat budaya Cina lebih menarik

    Walau bagaimanapun, Barnes masih melihat pengunjung berjalan lalu objek yang berharga dengan tidak mengetahui nilai di dalamnya. Jadi, untuk menjadikan seni Cina itu lebih menarik, beliau turut melancarkan pameran khas dan siri kuliah yang menyerlahkan lagi koleksi-koleksi tersebut.

    Beliau pernah menjalankan sebuah pameran mengenai impak dan kesan budaya teh di seluruh dunia sejak kebanyakan daripada keping-keping seramik kegemarannya berhubung kait dengan teh. Beliau memilih dan memfokuskan kepada lapan buah negara teh dan memberi tekanan kepada pangaruh China.

    Pameran ini telah diterima dengan baik. “Masih ramai yang datang ke meja pintu masuk muzium dan berkata ‘siapa yang mengadakan pameran ini. Saya tidak akan pernah melupakannya. Ia adalah salah satu pameran terbaik yang pernah saya lawati,” kata Barnes.

    Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun untuk itu dan merasa sangat berpuas hati dengan sambutan menggalakkan orang ramai. Barnes juga suka bercakap mengenai loket-loket arnab yang diperbuat daripada jed kepada pengunjung-pengunjung.

    “Ianya sangat kecil sehingga orang ramai tidak akan melihatnya dan saya cuba menerangkan mengenainya. Saya juga cuba untuk memberitahu orang ramai bagaimana ianya digunakan, siapa yang menggunakannya, kenapa jed begitu penting dalam kalangan masyarakat Cina,” katanya.

    Jika dia tidak berada di dewan pameran, bercakap dan menjawab soalan-soalan dari orang ramai, beliau akan berada di pejabat untuk mengkaji lebih lanjut lagi mengenai setiap objek yang dipamerkan. Pejabat beliau adalah seperti taman ajaib bagi sesiapa yang meminati seni.

    Lantai kayu mempunyai lapisan buluh di atasnya, yang mengingatkan salah satu daripada hiasan rumah tradisional teh Cina. Satu set teh Gongfu telah diletakkan di atas meja di sebelah komputer sambil beberapa cawan teh porselin dan periuk teh mini Zisha (tanah liat ungu) telah disusun kemas di rak buku.

    Buku-buku, termasuk buku seramik yang beliau terbitkan, katalog-katalog lelongan seni, dan juga seni dan sejarah-sejarah masyarakat Cina, telah memenuhi ruang selebihnya. Pertukaran budaya AS-China pada tahun-tahun kebelakangan ini telah membuatkan kerja-kerja penyelidikan Barnes lebih menarik dan mudah.

    Koleksi muzium Cina yang berasal daripada peniaga-peniaga pada awal abad ke-20 tanpa konteks menyebabkan para kurator tidak pasti sama ada objek itu adalah benar atau palsu. Penemuan arkeologi terpenting di China pada tahun-tahun kebelakangan ini telah membantu Barnes untuk mengkaji koleksi-koleksi tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/