Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Seni ephemeral dari warna-warni alam sekitar

    PUTRAJAYA – Seni mandala biasanya dihasilkan di atas kertas atau kain atau dilukis di atas sesuatu permukaan menggunakan benang.

    Namun seorang ibu dan suri rumah menzahirkan minatnya terhadap seni ephemeral itu dengan menghasilkan mandala daripada alam sekitar seperti dedaun, buah-buahan, bijian, cengkerang, batuan dan juga bulu pelepah.

    P.Malika, 58, yang tinggal di Petaling Jaya, berkata sejak kecil lagi beliau amat menyukai alam sekitar dan seni, jus-teru seni mandala menepati nalurinya.

    Seni ephemeral merujuk kepada karya seni sementara yang tidak boleh dijadikan objek kekal untuk pameran di muzium atau galeri.

    “Saya sangat suka mencipta karya seni ephemeral, terutama mandala.

    P.Malika menzahirkan minatnya terhadap seni ephemeral itu dengan menghasilkan mandala daripada alam sekitar seperti dedaun, buah-buahan, bijian, cengkerang, batuan dan juga bulu pelepah. – Gambar serahan P.Malika
    Mandala yang bermaksud bulatan atau objek diskoid dalam bahasa Sanskrit, adalah corak geometri yang mempunyai banyak pengertian simbolisme dalam budaya Hindu dan Buddha. – Gambar serahan P.Malika

    Mandala dipercayai melambangkan pelbagai aspek dunia dan digunakan sebagai alat meditasi dan simbol doa terutama di China, Jepun dan Tibet. – Gambar serahan P.Malika

    Walaupun hasil kerja saya tidak bertahan lama memandangkan ia akan layu dan kering, satu-satunya cara untuk mengekalkannya ialah mengambil gambar dan memuat naiknya ke laman media sosial.

    “Mencipta mandala adalah seperti bermeditasi untuk saya dan memandangkan sejak kanak-kanak lagi sehinggalah dewasa, saya seorang yang sangat aktif, untuk duduk dan bermeditasi merupakan satu cabaran.

    Mandala telah membantu saya untuk fokus dan menenangkan fikiran,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

    Mandala yang bermaksud bulatan atau objek diskoid dalam bahasa Sanskrit, adalah corak geometri yang mempunyai banyak pengertian simbolisme dalam budaya Hindu dan Buddha.

    Ia dipercayai melambangkan pelbagai aspek dunia dan digunakan sebagai alat meditasi dan simbol berdoa terutama di negara China, Jepun dan Tibet.

    Malika, yang bekerja selama 10 tahun di syarikat semikonduktor sebelum ini, berkata cubaan pertamanya menghasilkan mandala bercorak bunga-bungaan adalah pada tahun 2015 ketika beliau berada di luar mengumpul bahan untuk seni.

    Kini, beliau telah mencipta lebih 600 mandala diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. 

    “Berada di luar dan mengumpul (bahan seni) adalah satu terapeutik untuk saya. Selepas mengumpul bahan, saya akan menghasilkan karya seni di luar atau membawanya pulang dan menghasilkannya di rumah, terutama jika cuaca panas dan lembap.

    “Memandangkan saya pernah tinggal di sebuah ladang di Perak dari tahun 2000 hingga 2016, bunga-bungaan yang banyak di persekitaran turut memberi inspirasi dan membangkitkan minat saya,” kata Malika, yang berkongsi karyanya menerusi laman Instagram.

    Mengambil inspirasi daripada artis Kathy Klein yang terkenal dengan seni bulatan bunganya, Malika turut menjelaskan secara terperinci bahan yang digunakan dalam mandala termasuk nama saintifik bunga dalam hantaran Instagramnya yang meraih perhatian para peminat seni.

    Apabila ditanya adakah aktiviti itu memakan banyak masa, ibu kepada dua remaja itu berkata ia bergantung kepada mood dan rekaan.

    “Kadang-kadang apabila idea awal datang, ia mungkin mengambil masa berjam-jam, tetapi jika mandala dibuat secara spontan di taman, ia boleh mengambil masa kurang daripada 30 minit.

    “Saya mengkategorikan mandala bunga-bungaan sebagai berciri feminin (yin) dan mandala maskulin (yang) jika bijian, batuan atau bulu pelepah digunakan,” tambah Malika, yang gemar memasak makanan vegan selain meminati fotografi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...