Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Seni khat Jawi Haji Shahruddin menang pertandingan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Haji Shahruddin bin Haji Abdul Wahid kelmarin memenangi Pertandingan Penulisan Khat Jawi bagi Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Senegara sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi oleh Awang Mazlan bin Haji Maidin dan Haji Yakob bin Haji Yosof.

    Pertandingan anjuran Bahagian Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong itu telah dihadiri oleh tetamu kehormat Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri yang juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Bengkel dan pertandingan itu antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai jenis tulisan dan gaya serta teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat Jawi.

    Selain itu, pertandingan tersebut juga membantu para penulis untuk menghayati keindahan tulisan khat Jawi dan secara tidak langsung menyemai minat mendalam terhadap seni khat Jawi yang dihasilkan.

    Para peserta yang menyertai pertandingan itu, sebelumnya telah menyertai Bengkel Penulisan Khat Jawi selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Ogos di Jame‘ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

    Haji Amir Hisham menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan penulisan khat Jawi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...