Sunday, May 18, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni kraf tangan melipat kertas

    Oleh Lenna N.B.

    Hanya menggunakan bahan kertas-kertas warna-warni, Dayang Noorhayati Mustapha, 42, telah membina pelbagai karakter manusia, haiwan-haiwan, kartun-kartun, tidak kurang juga bersifat benda seperti mangkuk, pasu, kasut dan sebagainya. Kreativiti yang ditemukannya tiga tahun lalu, kini menjadi pendapatan sampingan buat beliau di samping hobi di waktu lapang.

    “Walaupun nampak mudah, tetapi membentuk sesuatu dari lipatan kertas, memerlukan daya fikiran dan kesabaran. Malah, lipatan kertas yang digunakan juga perlu dikira satu persatu agar karakter yang dibentuk seimbang dan tidak cacat. Kadang-kala, kita meluangkan waktu sampai berjam-jam lamanya tetapi setelah melihat hasilnya, pasti memuaskan,” jelas beliau.

    Menurut Dayang Noorhayati, seni melipat kertas dalam bahasa Jepun dikenali sebagai origami. Ia merupakan seni kraf tangan tradisi Jepun yang masih dipraktikkan sehingga hari ini, malah dikenali dunia, terutamanya bagi mereka yang memang suka dengan seni melipat kertas. Berdasarkan kajian pakar, seni origami ataupun melipat kertas ini sebenarnya telah melatih perkembangan otak kerana bukan sahaja melibatkan ilmu matematik, tetapi kebolehan atau kemahiran seorang pelipat itu, mencari, mengkaji dan menerokai cara membentuk sesuatu dari kertas yang mendorong kepada pemikiran kritis.

    Menyusur sejarah origami

    Perkataan ‘ori’ dalam bahasa Jepun bererti lipat dan ‘gami’ pula bererti kertas. Ia dipercayai wujud daripada rakyat Tiongkok yang menghasilkan kertas dari potongan kecil tumbuhan dan kain. Lalu berkembang ke Sepanyol dibawa oleh orang-orang Arab, sehinggalah diperkenalkan di Jepun oleh seorang penganut Buddha dari Semenanjung Korea. Seni ini terus berkembang di Jepun dari zaman Muromachi (1333-1568), Edo (1603-1868) sampai ke hari ini.

    Pada masa yang sama, sekitar abad ke-16, kegiatan origami berkembang di Sepanyol dan Eropah. Dulunya, ia hanyalah terbatas kepada karakter bangau dan pajarita (burung kecil yang dibentuk dari kertas). Namun munculnya seorang penggiat origami, Akira Yoshizawa (1911-2005) membawa perubahan besar memecah tradisi dengan mencipta watak-watak baru origami. Kini, penggiat origami lebih kreatif, dengan penggemar hobi yang semakin luas di seluruh dunia, dari seorang kanak-kanak, remaja, ibu-ibu suri rumah, ahli terapi, seniman, dan sebagainya. Ia bukan lagi hak milik individu, atau sekumpulan masyarakat tetapi kesenian yang diwarisi dan dibudayakan seluruh komuniti dengan kreativiti dan inovasi mereka tersendiri.

    Contohnya sahaja, Dayang Noorhayati kini mempunyai lebih ratusan koleksi origami yang dipergiatkannya setiap waktu lapang. Menurutnya, dalam seni origami, kreativiti tidak terbatas dan hampir apa sahaja dapat dibentuk dengan hanya menggunakan kertas.

    Dayang Noorhayati ketika ditemu ramah baru-baru ini.
    Dayang Noorhayati ketika ditemu ramah baru-baru ini.
    Watak kartun yang dibentuk daripada lipatan kertas-kertas.
    Watak kartun yang dibentuk daripada lipatan kertas-kertas.
    Dayang Noorhayati mempunyai koleksi mencecah ratusan model origami.
    Dayang Noorhayati mempunyai koleksi mencecah ratusan model origami.
    Kertas dilipat segi tiga sebelum disusun dan ditemukan antara satu sama yang lain.
    Kertas dilipat segi tiga sebelum disusun dan ditemukan antara satu sama yang lain.
    Watak hero dari seni lipatan kertas.
    Watak hero dari seni lipatan kertas.
    Mangkuk bunga dibentuk melalui kertas warna-warni.
    Mangkuk bunga dibentuk melalui kertas warna-warni.
    Variasi bentuk bunga warna-warni.
    Variasi bentuk bunga warna-warni.

    Kreatif dengan menggunakan kertas kitar semula.

    Kreatif dengan menggunakan kertas kitar semula.

    Lebih 20 koleksi kertas warna.
    Lebih 20 koleksi kertas warna.

    Bermula dari seekor kumbang

    “Saya mula-mula mengenal seni origami ini apabila saya bekerja sebagai pembersih di sebuah bangunan Kerajaan kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada masa itu, ada seorang rakan yang sedang membentuk seekor itik daripada lipatan kertas. Saya memerhatikannya penuh teliti, dan menjadi ingin tahu. Sebaik sahaja pulang ke rumah, saya cuba melakukannya sendiri,” cerita Dayang Noorhayati.

    Beliau berjam-jam lamanya membentuk seekor kumbang sebesar tapak tangan, namun tidak mahu menjadi sehinggakan hampir-hampir putus asa. Rujukannya hanyalah berdasarkan gambar di Internet. Setelah kira-kira tiga jam berlalu, barulah kumbang tersebut menjadi, memberikan kepuasan untuk beliau sendiri.

    “Dari situ, saya berkembang ke karakter yang lainnya. Masih menggunakan rujukan gambar tanpa video kerana saya orangnya suka mengkaji berdasarkan apa yang dilihat di depan mata, bukan sekadar mengikut video, yang menunjukkan cara mudah. Dari gambar, saya akan mengira lipatan-lipatan kertas yang digunakan, kadang-kala sengaja saya lebihkan daripada kiraan asal, terutamanya jika saya mahu membentuk sesuatu yang besar daripada yang dilihat dalam gambar.”

    Kertas-kertas yang digunakan oleh Dayang Norhayati pula adalah kertas warna-warni, kertas-kertas yang dapat di kitar semula, dan bermacam jenis bahan kertas yang boleh digunakan. Kertas-kertas tersebut kemudian dipotong-potong kecil dan dilipat sehingga membentuk segi tiga. Daripada lipatan kertas-kertas segi tiga itulah, kemudiannya digunakan untuk membentuk pelbagai benda dan karakter yang dimahukan sama ada cawan untuk menyimpan pen, bingkai gambar, tempat menyimpan telefon, atau sekadar hiasan rumah semata-mata seperti bunga-bunga, rama-rama, dan lain-lain.

    Menguji pemikiran dan kesabaran

    “Cabaran utama adalah mengira iaitu mengira jumlah lipatan kertas yang digunakan. Setiap watak perlu mempunyai kiraan yang seimbang kerana jika lipatan kertas yang digunakan tidak dikira secara betul, watak atau benda yang dibentuk akan tidak menjadi atau kelihatan cacat. Kadang-kala, jika tidak sabar boleh menjadi pening. Apatah lagi, jika kertas yang digunakan itu berwarna-warni iaitu lebih daripada satu warna bagi setiap benda yang dibentuk.”

    Menurut Dayang Norhayati, biasanya beliau akan membentuk dahulu sebuah contoh modal sebelum produk atau benda yang sebenar dibuat, kerana setiap hujung kertas perlu digam agar modal tersebut tidak terbuka apabila diangkat atau dipegang. Di samping itu, melalui contoh yang sedia ada, beliau lebih mudah mengira berdasarkan ukuran yang sedia ada.

    “Bahagian yang paling penting adalah pada bahagian bawah ataupun kaki, kerana ia yang menentukan bagaimana proses sesuatu benda itu dibentuk dengan sempurna. Cabaran juga terletak kepada struktur modal yang kita bentuk. Jika, strukturnya mudah, mudahlah juga ia disiapkan. Namun, jika strukturnya kompleks, pasti mengambil masa yang lama untuk disiapkan,” terang Dayang Norhayati.

    Terdapat kira-kira lebih daripada 20 warna terdapat dalam simpanan kertas beliau, dan antara yang menarik adalah kertas yang diputar semula daripada kertas pembungkusan, majalah, kertas akhbar dan sebagainya.

    Melihat kepada proses pembuatan di sebaliknya, setiap struktur memerlukan kemahiran si pelipat kertas menyusun dengan kreativiti warna-warna. Kerja-kerja penyusunan tersebut secara tidak langsung melatih fokus dan ketelitian si pembuatnya yang lama-kelamaan, kian menyerlah membantu kepada pembangunan diri, mengembangkan pemikiran logik, meningkatkan bakat seni dan kecepatan minda

    Membudayakan Origami

    “InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan membudayakan lagi aktiviti origami atau melipat kertas ini dengan mengadakan bengkel khas kanak-kanak, atau mereka yang dewasa berminat di bidang ini. Selain itu, saya juga ingin mempunyai sebuah galeri khas untuk menyimpan antara koleksi kraf saya,” ucap Dayang Noorhayati di hujung temu ramah.

    Di samping menggunakan kertas, beliau juga menggunakan bahan-bahan lain untuk membentuk sesuatu. Dayang Noorhayati sebenarnya tertarik dengan apa sahaja bentuk seni kraf yang boleh dimanfaatkan dari bahan-bahan mudah atau kitar semula. Antara yang menarik adalah bingkai-bingkai gambar dibentuk dari batang kayu aiskrim.

    Beliau kini bekerja sebagai pembersih di salah sebuah syarikat swasta. Biasanya, setelah berpenat lelah disiang hari, beliau bergiat aktif dalam menyiapkan projek origami yang telah ditempah pelanggan-pelanggan pada waktu malam. Walaupun seorang ibu tunggal beranak enam, tidak menghalangnya untuk menjadi kreatif dengan projek-projek origaminya. Ternyata beliau adalah inspirasi buat ibu-ibu di luar sana untuk meluangkan waktu dengan hobi dan kreativiti yang mampu mengisi harian dengan indah.

    Kreativiti menggunakan batang kayu aiskrim untuk bingkai gambar.
    Kreativiti menggunakan batang kayu aiskrim untuk bingkai gambar.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/