RABAT – Seorang artis, Omar Lhamzi mengenakan rompi kuning terang dan kasut yang tersimbah cat, memilih berus dan siap untuk melukis kanvas terbaharunya iaitu dinding sebuah rumah di ibu kota tepi pantai Maghribi, Rabat.
Lhamzi merupakan salah seorang ahli seni generasi baharu yang lukisan muralnya mengubah wajah kota Maghribi. Bersiar-siar di jalan-jalan dan lorong-lorong di Rabat memperlihatkan pelbagai lukisan baharu yang dicat, di mana makhluk fantasi yang lebih besar daripada hidup sebenar bersama-sama dengan potret dan pemandangan kehidupan seharian yang realistik.
Ciptaan mereka dikumpulkan dari seluruh kerajaan Afrika Utara dan seterusnya hingga ke Rabat pada minggu lalu bagi festival Jidar yang yang didedikasikan untuk seni jalanan.
Lhamzi menggunakan sisi rumah di daerah kelas pekerja Yaacoub Al Mansour untuk karya terbaharunya, seorang lelaki dengan enam telinga dan kulit hijau dan merah jambu melayang dalam kegelapan, dengan awan yang menggema ‘Starry Night’ Vincent van Gogh.
Pemuda berusia 25 tahun, yang dikenali dengan nama samaran Bo3bo3, menyiapkan mural pertamanya di bandar tepi pantai Agadir empat tahun lalu. Tetapi dia tidak menyangka akan menjadi bidang utamanya ketika dia lulus dari Sekolah Seni Halus Kebangsaan yang berprestij di kota Tetouan utara pada tahun 2018.
“Saya tidak pernah membayangkan karya saya akan terlihat di tempat awam,” katanya.
Namun, hari ini, dia mewarnakan dinding dengan warna-warna terang, menciptakan dunia surealis yang penuh dengan rujukan untuk bermain luncur dan permainan video, memecah monotoni lanskap bandar.
Minat yang semakin meningkat
Di bahagian lain ibukota, Imane Droby bertengger di bangku di depan dinding sekolah, melukis potret wanita melakukan sulaman yang realistik. Pemuda berusia 36 tahun dari Casablanca mengatakan dia juga terpengaruh dengan lukisan mural ‘secara tidak sengaja’.
“Saya mempunyai keinginana mendalam. Sangat bagus untuk mengubah dinding kosong menjadi karya seni,” katanya.
Dia berkata seni jalanan ‘sukar bagi semua orang, lebih-lebih lagi bagi wanita. Awda perlu meningkatkan usaha.”
Ini adalah bentuk seni yang berkembang sejak awal tahun 2000an di ibu kota komersial Casablanca di Maghribi. Satu dekad kemudian pada tahun 2013, festival Sbagha Bagha membangkitkan tahap minat baharu masyarakat terhadap mural.
“Pada mulanya itu sangat rumit, kerana tidak seperti grafiti atau stensil, lukisan mural memerlukan organisasi,” kata Salah Malouli, pengarah artistik Sbagha Bagha dan Jidar.
“Pada waktu itu, tidak ada yang merasa selesa bekerja di khalayak ramai. Ada banyak kekhuatiran.”
Tetapi hari ini, kedua-dua penduduk dan institusi menunjukkan minat mendalam pada mural, kata Malouli, dan beberapa tahun kebelakangan ini, karya seni tersebut telah menghiasi dinding bukan hanya di kota-kota besar seperti pusat pelancongan Marrakesh tetapi juga di daerah terpencil.
Potret dipadamkan
Karya seni itu tidak selalu dihargai oleh tuan tanah atau pihak berkuasa. Perbandaran kota pelabuhan utara Tangiers mencetuskan kemarahan pada musim panas dengan mulai menghapus penghormatan kepada jurugambar Perancis-Maghribi Leila Alaoui, yang terbunuh dalam serangan jihad 2016 di Burkina Faso. Pihak berkuasa kemudian membatalkan keputusan itu. Malouli mengatakan karya seni paling terdedah di Casablanca, di mana flyposting sering menutupi dinding.
“Tempay awam dipenuhi oleh iklan tidak rasmi, yang menyukarkan kerja kami,” katanya. Dua karya seniman jalanan Itali Millo telah dipadam dalam beberapa tahun kebelakangan.
Namun bagi artis yang terlibat dalam Jidar, tidak ada masalah untuk menyerah.
“Ini adalah nilai bekerja di tempat awam, awda harus menerima apa yang berlaku, baik dan buruk,” kata Malouli. – AFP