Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Seni puak asli Australia dipamerkan di Indonesia

SATU paparan vlog dari Presiden Joko ‘Jokowi’ bersama Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull pada sidang kemuncak mesyuarat G20 di Hamburg, Jerman dan beberapa usaha kanvas bersama orang asli, Jandamarra Cadd dan pelukis Indonesia, Jerry Thung di Kedutaan Australia di Jakarta menunjukkan semangat yang hebat apatah lagi hubungan serta usaha sama dalam seni yang sentiasa baik dan makmur.

Pembukaan pameran seni asli di Kedutaan Australia pada 11 Julai yang lalu diperlihatkan dengan satu ciri-ciri yang jelas pada sebuah kanvas yang mana ia diletakkan sebagai seni yang paling penting dalam pameran tersebut. Pameran di Kedutaan Australia itu akan berlangsung sehingga Jumaat ini.

Cadd, terkenal sebagai salah seorang pakar dalam membuat potret manakala Jerry, pelukis serba boleh yang berupaya untuk menyelidiki falsafah Timur dan Barat, memutuskan untuk menjadikan tanah, air dan langit sebagai tema bersama bagi usaha sama penciptaan kanvas mereka.

Ular yang tertera pada sisi kanvas Cadd menandakan satu mitos penciptaan, titik-titik memperlihatkan lautan, manakala Gerry pula memperlihatkan langit yang melambangkan awan yang kerap dilihat dalam batik-batik Megamendung, Cirebon, Jawa Barat.

Dibuat oleh orang asli

Pameran itu sebenarnya dikategorikan sebagai pameran yang memperlihatkan karya seni orang asli iaitu daripada lukisan bentuk ikan yang sangat ringkas kepada sebuah lukisan titik abstrak, kiasan dan realistik termasuklah lukisan potret.

Menyentuh mengenai persamaan seni itu tertera dalam sentuhan kain batik yang berasaskan lukisan kulit kayu dan dicipta oleh seorang pelukis tua di kediamannya di bawah pusat seni Yirrkala, Arnhem Land, Timur Laut.
Menyentuh mengenai persamaan seni itu tertera dalam sentuhan kain batik yang berasaskan lukisan kulit kayu dan dicipta oleh seorang pelukis tua di kediamannya di bawah pusat seni Yirrkala, Arnhem Land, Timur Laut.

Namun apa yang paling menarik mungkin pada lukisan yang berbentuk titik yang mana titik ini merupakan bentuk-bentuk kecil warna cat seperti kuning (yang menggambarkan matahari), coklat (tanah), merah (pasir gurun) dan putih (awan dan langit).

Bagi mereka yang tidak biasa dengan lukisan titik orang asli akan berkemungkinan beranggapan unik dan aneh. Namun lukisan teknik titik ini sudah sekian lama berkembang terutama dalam lewat tahun 1880-an dan kali pertama digunakan untuk menggambarkan hasil kerja seorang pelukis Perancis, Georges Seurat. Malah ada juga yang beranggapan bahawa lukisan berbentuk titik ini berasal dari hasil karya seni seorang pelukis dari Jepun, Yayoi Kusama yang muncul dalam kebanyakan fikiran orang moden Jepun.

Namun berbalik kepada seni lukisan orang asli Australia, lukisan berbentuk titik itu kali pertama digunakan beratus-ratus tahun yang lalu sebagai bentuk untuk menyembunyikan rekaan kudus dari sebuah upacara-upacara yang tertentu. Pada asalnya dibuat pada pasir, amalan itu kemudiannya iaitu dianggarkan dalam tahun 1970an dialihkan kepada kertas kanvas yang mana menjadikan lukisan-lukisan itu lebih tahan lama dan berdaya maju dari segi komersial.

Kadangkala lukisan berbentuk titik itu sangat kecil sehingga ia nampak seperti satu garisan dan ini amat jelas antara lainya, lukisan Mulligan Goorbadjim karya Judy Mengil yang telah menggunakan pigmen bumi semula jadi dan pengikat polimer sintetik.

Pembukaan pameran seni asli di Kedutaan Australia pada 11 Julai yang lalu diperlihatkan dengan satu ciri-ciri yang jelas pada sebuah kanvas yang mana ia diletakkan sebagai seni yang paling penting dalam pameran tersebut.
Pembukaan pameran seni asli di Kedutaan Australia pada 11 Julai yang lalu diperlihatkan dengan satu ciri-ciri yang jelas pada sebuah kanvas yang mana ia diletakkan sebagai seni yang paling penting dalam pameran tersebut.
Pameran itu sebenarnya dikategorikan sebagai pameran yang memperlihatkan karya seni orang asli.
Pameran itu sebenarnya dikategorikan sebagai pameran yang memperlihatkan karya seni orang asli.

Bermain dengan warna

Sementara pada mulanya, kebanyakan warna-warna yang digunakan adalah kuning, coklat, merah dan putih namun setelah menghadapi beberapa perkembangan kemudian, warna-warna itu terkenal seperti yang dilihat dalam lukisan berwarna hijau Kata Ala karya Maringka Baker.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Indonesia dan Australia terletak berdekatan sesama mereka terutamanya Arnhem Land di Utara Australia yang mana para pelaut Bugis meninggalkan jejak mereka, antara lainnya dalam nama Marege bagi Arnhem, perkataan Makassar yang pada awalnya digabungkan dengan le’leng, yang bererti hitam.

Menyentuh mengenai persamaan seni itu tertera dalam sentuhan kain batik yang berasaskan lukisan kulit kayu dan dicipta oleh seorang pelukis tua di kediamannya di bawah pusat seni Yirrkala, Arnhem Land, Timur Laut yang mendapat inspirasi daripada hubungan nenek moyangnya dengan Makassar.

Selain itu juga, pameran itu turut memaparkan budaya dari Arnhem Land ialah Lorrkon atau bingkai balak geronggang yang memaparkan batang pokok yang telah dikorek oleh anai-anai dan dicat sebelum tulang-tulang si mati diletakkan di dalamnya.

Kedutaan besar Australia di Indonesia, Paul Grigson melahirkan rasa seronok untuk mempersembahkan koleksi kerja seni orang Islam di Kedutaan Australia di Jakarta buat pertama kalinya di dalam satu ruang. Hasil-hasil karya ini lazimnya dipamerkan di tiga buah lokasi yang berlainan seperti, The Chancery Building, Kediaman Eksekutif dan Kediaman Rasmi Duta.

Grigson berkata, “Ia adalah satu tanda penghormatan bagi nilai-nilai asli Australia dan kaitannya dengan negara jiran, Indonesia.” – JP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -