Seni suara burung Kampung Belimbing

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jan – Dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan dalam kalangan ahli keluarga, penduduk kampung serta kampung jiran, Majlis Perundingan Kampung Belimbing mengadakan Pertandingan Seni Suara Burung Sempena Pesta Jualan dan Hari Keluarga Kampung Belimbing di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampung Belimbing, kelmarin.

Perasmian acara berkenaan disempurnakan oleh Ketua Kampung Belimbing, Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Burung Murai Batu Kepala Putih, Burung Murai Batu Kepala Hitam dan Burung Kalijiau di mana seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Belimbing dan Kampung Subok mengambil bahagian dalam acara itu.

Pengerusi Jawatankuasa pertandingan berkenaan, Awang Zali bin Haji Yahya berkata, pertandingan itu hanya dibukakan bagi peserta dari Kampung Belimbing dan Kampung Subok di mana pertandingan itu dinilai daripada segi suara yang dihasilkan oleh burung yang dipertandingkan.

Salah seorang peserta dalam pertandingan seni suara burung berkenaan.
Salah seorang peserta dalam pertandingan seni suara burung berkenaan.
Haji Gapor@ Haji Mohd Daud bergambar ramai bersama para peserta.
Haji [email protected] Haji Mohd Daud bergambar ramai bersama para peserta.
Antara burung-burung yang dipertandingkan.
Antara burung-burung yang dipertandingkan.
Warga emas yang mengambil bahagian dalam peraduan mewarna.
Warga emas yang mengambil bahagian dalam peraduan mewarna.
Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam peraduan mewarna.
Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam peraduan mewarna.

Namun begitu, pihak jawatankuasa sedang berusaha untuk meningkatkan lagi usaha pelaksanaan pertandingan berkenaan termasuk mengadakan penyertaan daripada peserta-peserta dari seluruh negara di mana ia diharap dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Selain daripada acara Pertandingan Seni Suara Burung bersempena dengan Pesta Jualan dan Hari keluarga Kampung Belimbing itu, para penduduk juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara sukan ria serta peraduan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dan warga emas Kampung Belimbing.