Seni sulaman bantu kehidupan pelarian Palestin
KEM JERASH, Jordan – Di sebuah bengkel kecil di kem pelarian Palestin di Jordan, Halima al-Ankassuri kelihatan menyulam selendang berwarna biru dengan corak tradisional. Ia akan dijual di kedai-kedai butik mewah di Paris, London dan juga Dubai. Ibu kepada tujuh orang anak yang berusia 54 tahun itu menggambarkan hasil kerjanya itu sebagai “produk moden dengan


































