Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni tarian ‘caci’ bukan sekadar tarian tradisional Manggarai

    INDONESIA – Budaya warisan caci merupakan satu budaya yang terkenal di Indonesia dan ia merupakan satu ritual kebudayaan dan juga identiti budaya bagi masyarakat Manggarai di negara berkenaan. Budaya seni ini sangat unik dan dipenuhi dengan estetika yang menakjubkan untuk menghiburkan para penonton malah budaya ini juga berupaya menarik perhatian pelawat-pelawat antarabangsa untuk mendalami lagi budaya Manggarai.

    Seni caci ini dimainkan oleh dua orang lelaki yang berlawanan sesama sendiri dan salah seorang daripada mereka datang dari kampung yang berasingan untuk bersaing. Para penonton akan menyokong peserta kegemaran mereka dengan bersorak sambil memuji-muji mereka dan situasi ini memberikan satu fenomena yang sangat meriah dan menyeronokkan. Seni caci ini menggunakan beberapa perhiasan perlawanan seperti cambuk, perisai, topeng dan beberapa lagi peralatan yang lain. Lazimnya, senjata perhiasan untuk menyerang lawan diperbuat daripada rotan dan disertakan dengan pemegang yang diperbuat daripada kulit haiwan.

    Dalam budaya ini, setiap peralatan yang digunakan sebenarnya melambangkan lelaki dan juga perempuan. Lazimnya, perisai bulat pertahanan mewakili wanita dan biasanya ia diperbuat daripada buluh, rotan dan ditutup dengan kulit kerbau. Lambang-lambang ini membawa maksud yang tersendiri. Kepala setiap pemain akan ditutup dengan menggunakan topeng kayu atau kulit yang sudah dibalut dengan kain serta rambut ekor kambing digantung di belakang mereka.

    Simbol

    Setiap topeng yang digunakan mewakili kekuatan tenaga kerbau dan untuk mendapatkan pertahanan serta perlindungan dari abu cambuk, pemain pertahanan akan memegang tongkat mereka di tangan kiri mereka. Semasa bertarung, lelaki akan memakai songket tradisional (kain tenunan) dan diiringi dengan sepasang seluar biasa. Sebuah tali pinggang loceng digunakan di kawasan punggung dan juga bahagian kaki bagi menandakan setiap pergerakan akan berbunyi. Manakala bahagian atas pula, pemain tidak memakai baju untuk gerakan yang lancar dan padat.

    Kepala setiap pemain akan ditutup dengan menggunakan topeng kayu atau kulit yang sudah dibalut dengan kain serta rambut ekor kambing digantung di belakang mereka. – AFP
    Budaya seni ini sangat unik dan dipenuhi dengan estetika yang menakjubkan untuk menghiburkan para penonton malah budaya ini juga berupaya menarik perhatian pelawat-pelawat antarabangsa untuk mendalami lagi budaya Manggarai. – AFP

    Selepas menerima isyarat, pertarungan akan bermula. Para pejuang akan mengangkat kaki mereka dan mereka cuba menimbulkan satu fenomena tegang dengan satu gerakan yang boleh meresahkan para penonton. Bagi pihak pesaing, ia akan cuba memukul badan lawannya dengan cambuk. Walau bagaimanapun, memukul tidak secara automatik akan menang dan yang dipukul akan kalah, apa yang penting ialah bahagian mana yang terkena dalam badan mereka untuk menentukan pemenang.

    Memukul di bahagian muka atau di kepala pesaing, bermakna penentang akan menang namun memukul di bahagian belakang merupakan satu petanda yang baik, menjanjikan musim yang akan datang menjadi lebih makmur dan gemilang. Peranan penyerang dan pembela diterbalikkan selepas setiap serangan. Walaupun kelihatan seni ini seperti satu perkelahian namun ia tidak menyakitkan malah lebih harmoni. Sebelum ini, seni ini jika berlaku kelukaan, kelukaan itu menjadi baja kepada kesuburan sebuah tanah.

    Seni caci sering diadakan dalam beberapa festival dan ia sering diadakan selepas menuai untuk menamatkan tahun pertanian yang lama dan menandakan permulaan yang baru. Sebagai sebahagian daripada konteks upacara dan ritual integral penti, caci tidak pernah dilakukan sebagai satu acara budaya yang boleh berdiri sendiri. Setiap permainan akan diserikan dengan satu alunan muzik dram dan juga gong.

    Satu platform

    Selain dikenali sebagai satu budaya ritual, caci juga merupakan satu platform untuk belia-belia muda untuk memenuhi kewajiban bagi membuktikan keupayaan mereka dan menunjukkan cara yang berkesan untuk pengurusan konflik untuk rantau desa-desa yang sedang diselubungi dengan isu-isu tertentu.

    Setiap topeng yang digunakan mewakili kekuatan tenaga kerbau dan untuk mendapatkan pertahanan serta perlindungan dari abu cambuk, pemain pertahanan akan memegang tongkat mereka di tangan kiri mereka. – AFP

    Dengan mengubah keadaan sosial dan pertanian serta peningkatan minat para pelancong, tarikan budaya Manggarai ini terus diperkembangkan malah kebanyakan pelawat tidak mahu menghabiskan sepanjang hari hanya untuk melihat seni ini.

    Oleh itu, budaya Manggarai cuba untuk mempelbagaikan seni budaya mereka.

    Sesetengah penduduk mengkritik budaya ini disebabkan konteks asal budaya seni ini telah diubahsuai dan telah kehilangan keasliannya. Walau bagaimanapun, minat orang ramai terhadap seni semakin meningkat apatah lagi warga asing antarabangsa tertarik dengan budaya ini dan dianggap sebagai salah satu budaya yang sangat menarik dan unik.

    Masa yang terbaik untuk menyaksikan seni caci ini adalah semasa Penti, yang mana biasanya diadakan pada musim kemarau antara bulan Julai dan juga November tergantung kepada setiap rantau.

    Namun pada hari ini, kebanyakan kampung menyambut Penti selang lima tahun. Dan sekiranya anda ketika ini berada berdekatan dengan Manggarai, bertanya kepada penduduk tempatan jika berlangsung pesat penti yang seterusnya. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan mungkin berpeluang melihat sendiri seni budaya caci.

    Sekiranya anda tidak berpeluang untuk menyaksikan budaya ini, terdapat beberapa peluang untuk melihat persembahan caci. Semua Kampung Barat Daya Ruteng menawarkan persembahan caci kepada pengunjung. Pengunjung juga mempunyai pilihan untuk prestasi caci di Kampung Melo iaitu kira-kira 20km dari Labuan Bajo ke Ruteng. Lokasi ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, motosikal atau pengangkutan awam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda