Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni tersembunyi dalam program Angkasa Soviet

    KETIKA Galina Balashova mencipta modul kediamannya yang pertama untuk angkasawan Soviet, beliau melukis landskap di dinding dalam untuk mengingatkan mereka terhadap kediaman mereka.

    Beliau merupakan seorang arkitek dan pelukis. Balashova menghabiskan masa selama 3 abad untuk mereka bentuk bahagian dalaman Soyuz dan kapal angkasa Soviet yang lain.

    Beliau bukan saja menjadikan kraf tersebut sebagai tempat untuk menyimpan peralatan malahan juga sebagai tempat tinggal.

    Pada awal tahun 1963, Galina Balashova melakar bahagian dalam kraf Soyuz di kediamannya yang hanya mengambil masa seminggu.

    Beliau melakar bahagian dalam kraf tersebut atas permintaan Sergei Korolyov (dikenali sebagai bapa program angkasa Soviet) yang berharap agar kapal tersebut dijadikan sebagai tempat yang dapat didiami.

    Balashova menghabiskan masa selama tiga abad untuk mereka bentuk bahagian dalaman Soyuz dan kapal angkasa Soviet yang lain. – AFP
    Balashova menghabiskan masa selama tiga abad untuk mereka bentuk bahagian dalaman Soyuz dan kapal angkasa Soviet yang lain. – AFP
    Pada awal tahun 1963, Galina Balashova melakar bahagian dalam kraf Soyuz di kediamannya yang hanya mengambil masa selama seminggu. – AFP
    Pada awal tahun 1963, Galina Balashova melakar bahagian dalam kraf Soyuz di kediamannya yang hanya mengambil masa selama seminggu. – AFP

    Jurutera-jurutera sebelumnya telah memasukkan dua kotak besar berisi peralatan kedalamnya namun Korolyov menolak rekaan tersebut dan memutuskan untuk meminta pertolongan lain.

    “Mereka tidak memahami apa itu ruang kehidupan, mereka tidak menggunakan pemikiran spatial.

    Sebaliknya mereka berfikir dari segi peralatan,” kata Balashova yang kini dalam lingkungan umur 80an.

    “Semasa hujung minggu, saya memikirkan cara untuk menyimpan peralatan, saya mereka dan meletakkan almari di satu sudut dan sofa di satu sudut lagi yang boleh mereka gunakan untuk tidur” – susunan biasa di rumah Soviet.

    Setelah Korolyov meluluskan lakarannya yang mengandungi lukisan landskap di dinding, Balashova perlu melukis lukisan menggunakan warna air di dinding dalaman kapal yang akan berlepas ke angkasa.

    Sejak Korolyov meluluskan reka bentuk dengan lukisan landskap, jurutera-jurutera “sering memintanya untuk melukis lagi” bagi modul berikutnya.

    “Sembilan lukisannya berlepas ke angkasa,” kata Balashova sambil tertawa. Walau bagaimanapun, Balashova memberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menyimpan namanya di bawah lukisannya dan menyatakan ketuanya mengambil semua kredit atas kerja yang dibuatnya.

    ‘Lantai dan siling di angkasa’

    Balashova masih tinggal di apartment kecilnya di Korolyov, sebuah bandar diluar Moscow yang merupakan ibu kota kawalan misi angkasa dan dinamakan sempena angkasawan yang berwawasan. Balashova melukis menggunakan warna airnya di atas meja di ruang tamunya. Warna pastelnya yang lembut memberikan kontras yang pelik dengan program yang bersifat ketenteraan semasa era perlumbaan program angkasa.

    “Pada mulanya, saya ingin mencipta ruang untuk mikrograviti yang tidak mempunyai lantai mahupun siling,” ulas beliau.

    Namun, visi futuristic tersebut ditolak kerana sebab praktikal.

    “Manusia berlatih di bumi dan mereka terbiasa dengan konsep atas dan bawah.”

    Angkasawan Pyotr Klimuk yang berlepas ke angkasa sebagai satu daripada program Soyuz dan Salyut menyatakan bahawa warna dan elemen lain penting untuk menjadikan suasana di dalam Soyuz “selesa”.

    Dalam modul Orbit, “elemen tertentu dicat dengan warna tertentu dan fabric istimewa digunakan”, menurutnya.

    “Warna lembut adalah lebih baik” dan walaupun ada mikrograviti, mata manusia “masih mempercayai adanya lantai dan siling”, seperti di bumi, tambahnya lagi.

    Warna sangat penting dalam kerja Balashova pada tahun 1975 dalam projek US-Soviet Apollo-Soyuz, yang dilihat oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan perlu untuk dimasukkan kedalam foto tambahan dan peralatan video.

    “Bos-bos saya menginginkan sofa merah namu wanra merah tampil hitam di dalam filem,” kata Balashova.

    Balashova bergelut dengan membuat empat versi kraf sebelum menjumpai penyelesaiannya “tiba-tiba semuanya tidaklah sesusah mana dan saya dapat menjumpai harmoni”, katanya.

    Akhirnya, modul Orbit tersebut mempunyai sofa hijau dan tali pinggang velkro yang dapat digunakan oleh angkasawan untuk melekapkan diri mereka. Ia juga mempunyai meja yang dapat dilipat untuk mereka makan dan menandatangani dokumen yang menandakan symbol penerbangan bersama. Semasa melawat modul tersebut, angkasawan America Vanca Brand memujinya kerana “susunannya member kemudahan”.

    Dilayan ‘seperti hamba’

    Balashova kini masih duduk di atas kerusi rehatnya dengan fabric hijau yang sama digunakan untuk melapisi sofa Soyuz.

    Itu juga merupakan satu eksperimen. Percubaan pertama untuk menggunakan velkro di atas perabot menyebabkan angkasawan “tertanggal seluar jersey mereka”, katanya sambil tertawa.

    Apartment beliau penuh dengan buku dan potrait keluarga yang dilukis menggunakan warna air, tiada yang menandakan beliau telah mempengaruhi rupa generasi kapal angkasa Soviet.

    Beliau berkata bahawa ketuanya tidak menghargai kerjanya dan mereka memandang rendah dirinya sebagai seorang artis dan wanita.

    Beliau merupakan seorang daripada sedikit wanita yang bekerja di industri angkasa Soviet dan beliau merupakan satu-satunya wanita dalam posisi kreatif dalam pasukan Korolyov.

    “Saya keseorangan bekerja dengan lelaki, dan mereka melayan saya seperti hamba.”

    Setelah beliau bersara, lukisannya lama terbiar di bawah katilnya. Balashova kini hidup dengan pencen bulanan sebanyak 18,000 rubles (AS$297,287 euro).

    “Saya tidak mahu ke angkasa,” katanya. Namun sebagai arkitek, saya rasa kerja tersebut sangat menarik dan beliau mendapat inspirasi dengan mencuba untuk mencapai harmoni dalam reka bentuknya. “Apabila saya sudah mencapainya, saya merasa seram sejuk,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda