NEW DELHI – Ia merupakan satu perkara yang tidak menghairankan terdapat banyak poster mahupun potret yang menyindir Donald Trump, Vladimir Putin dan Kim Jong Un namun baru-baru ini, sebuah pameran seni telah memaparkan potret itu di India di mana konsep lebih menumpukan kepada aspek politik dan penghijrahan sebagaimana ia menjadi tumpuan isu utama yang sering dibincangkan. Pameran seni ini turut mengutarakan mengenai perubahan landskap di bandar raya besar di Asia Selatan.
Pameran potret yang diberikan tajuk sebagai ‘Peace Owners’ itu memaparkan kerja-kerja artis seni Nepal, Sunil Sigdel dengan menggunakan motif Buddha pada wajah-wajah ketiga-tiga pemimpin global itu.
“Kebanyakan artis seni bertindak balas kepada iklim perubahan politik global dan kami sebagai penyelenggara sedang mengkaji sumber pertanian dan punca perpecahan masyarakat luar bandar dengan kawasan bandar. Kebanyakan artis bercakap dalam bahasa Nepal namun mengutarakan isu yang umum untuk keseluruhan benua Asia Selatan,” kata Dina Bangdel, kurator Majlis Seni Nepal di New Delhi. “Sebenarnya, kebanyakan seni-seni artis ini mencerminkan kerapuhan dan daya tahan di negara yang masih belum pulih daripada tragedi gempa bumi yang berlaku pada tahun 2015 di Nepal,” tambah Dina lagi kepada wartawan AP.
Pameran ini telah berjaya mengumpulkan sekitar beratus-ratus artis seni dari India dan antarabangsa. Sebagaimana edisi sebelum ini, pameran itu telah bermula pada tahun 2008 ketika Asia Selatan terkenal sebagai rantau yang mempunyai peranan dalam fokus global. Satu projek berasaskan komuniti seni awam yang bertajuk ‘Tiada Manusia Tanah’ dan disokong oleh Britto Arts Trust dari Bangladesh dan Majlis Promosi Shelter dari India, telah meneroka peraliran sejarah, geografi dan budaya yang dikongsi sama namun mengalami konflik disebabkan ketegangan sempadan dan penghijrahan secara haram.
Kerjasama seni
Projek kerjasama rentas sempadan yang dibenarkan itu diketuai oleh Sayantan Maitra Boka, seorang kurator seni dari India dan bekerjasama dengan artis seni dari Bangladesh, Mahbubur Rahman. Kedua-dua mereka telah bertemu pada bulan Mac 2014 untuk menghasilkan ‘No Man’s Land’ dan berkongsi kerja dan kenangan bersama. Pemasangan seni itu terdiri daripada montaj gambar-gambar dan video-video dari pelbagai buah kampung daripada kedua-dua sempadan.
“Idea ini adalah untuk meneroka apa yang sebenarnya boleh dilakukan dan bagaimana claustrophobic pagar sempadan memberikan kesan. Untuk berjalan ke Bangladesh atau sebaliknya tanpa visa dan pasport. Ia satu pengalaman yang unik dan satu usaha pekerjaan yang berterusan,” tambah Sayantan lagi kepada wartawan AP. Tema politik dan sosial termasuk penghijrahan dan integrasi telah berjaya diterokai melalui pemasangan canggih alat seni dalam pameran tersebut dan meninggalkan satu kesan yang mendalam kepada pengunjung.
‘Experimental Art’ telah menggunakan pelbagai kerja-kerja media termasuk ‘Swing’ yang telah dibuat oleh arti seni dari Bangladesh, Tayeba Begum Lipi yang dibuat daripada bahan tahan karat bilah keluli pisau cukur sebagai metafora untuk satu proses perindustrian yang semakin pesat membangun dan berkembang.
Manakala, salah satu arca yang dikenali sebagai ‘Shimmering Mirage’ oleh seni artis Pakistan Amerika kontemporari, Anila Quayyum Agha memperlihatkan bulb lampu yang mencerminkan kiub persegi berwarna hitam, laser-cut dengan corak geometri halus yang digunakan dalam perhiasan Islam yang suci. Seterusnya, seni ‘Woven Chronicle’ oleh artis seni India, Reena Saini Kallat mewakili visi beliau dalam mencipta inovasi tenunan wayar yang mempunyai halangan-halangan tersendiri memperlihatkan satu rona kehidupan di atas bumi ini yang pelbagai.
Tersembunyi sesuatu
Menurut beberapa kenyataan dari artis-artis seni bahawa karya kartografi lebih menonjolkan percanggahan dan mewujudkan satu undang-undang imigresen yang semakin diperketat melalui sempadan dan sifat prejudis yang melampau. Salah satu pameran yang terkenal ialah koleksi gambar arkib pemimpin kemerdekaan India, Mohandas K.Ghandi Rhat yang telah diperolehi daripada cucu lelaki tokoh itu, Kanu Ghandi. Koleksi gambar itu memaparkan satu perjalanan kehidupan Ghandi yang berinteraksi dengan pelbagai ahli-ahli politik dan rakyat biasa semasa dalam proses kebebasan India.
Manakala bagi peminat seni auto, sebuah kereta BMW turut dipamerkan dengan seri warna yang pelbagai dan dilukis oleh artis Itali, Sandro Chia. Artis seni itu berkata bahawa kereta itu dicat dan mencerminkan pandangan masyarakat yang melihatnya. Wacana budaya di pmaeran itu sedang mengkaji lagi peranan teknologi digital dalam mengembangkan lagi dunia seni. Ramai artis seni telah mula menumpukan kepada penggunaan inovasi alam maya untuk memperlihatkan seni fizikal mereka. Perkara ini memberikan peluang kepada artis-artis seni untuk mengembangkan seni mereka di pentas global.
“Medium digital telah membuka lagi banyak peluang pasaran global dan menjadikan ia dikenali malah dunia digital akan membuka lagi ruang sempadan yang luas iaitu dalam erti kata yang lain, kita benar-benar cuba memahami dan mengenal geografi dalam arus masa dan ruang,” kata Dina Bangdel lagi kepada wartawan AP.
“Video, seni suara, animasi dan bentuk seni interaktif yang wujud dalam Internet mampu menyediakan pengalaman alternatif kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada sebuah galeri,” kata Sayantan Maitra Boka lagi kepada wartawan AP.
“Saya dapat merasakan bahawa teknologi pada hari ini semakin canggih dan tidak mustahil pada satu hari nanti kita akan hidup dengan digital,” kata Sabrina Amrani, pengarah galeri di Sepanyol kepada wartawan mengakhiri temu ramah. – AP