Senjata, bahan letupan ditemui

YALA, 16 DIS – Polis Thailand menemui pelbagai jenis senjata dan bahan letupan di sebuah rumah dipercayai tempat persembunyian suspek yang terlibat dalam serangan menyebabkan 15 maut pada bulan lepas.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Left Jen Pol Ronnasil Phusara berkata rumah papan yang terletak di kawasan hutan di Kampung Teluk Setor, Daerah Krong Pinang, Yala, selatan Thailand, ditemui semalam.

Beliau berkata polis menemui selaras senapang M16, sepucuk pistol 9mm, pistol jenis Colt Super .38 serta pelbagai jenis peluru, pipe-bomb dan juga bahan-bahan untuk membuat bom. – Bernama