Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Senjata untuk tentera sempadan

    NEW DELHI, 17 Jan – India akan membeli lebih daripada 160,000 senapang bernilai AS$553 juta untuk tentera di sempadan yang beraltitud tinggi, menurut kementerian pertahanan semalam.

    Majlis pemerolehan pertahanan meluluskan pembelian 72,400 senapang patah dan 93,895 karbin dengan harga 35 bilion rupee (AS$553 juta) dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Nirmala Sitharaman.

    Senjata dibeli adalah “untuk membolehkan anggota pertahanan memenuhi keperluan mereka bagi tentera yang dihantar di sempadan,” menurut dalam satu kenyataan kementerian.

    New Delhi telah menandatangani beberapa perjanjian pertahanan terbesar sejak Perdana Menteri Narendra Modi menerajui tampuk pemerintahan pada 2014.

    Seorang anggota pasukan keselamatan paramilitari India mengawal di Srinagar pada 15 Januari 2018. Kementerian pertahanan India semalam berkata India akan membeli lebih daripada 160,000 senapang bernilai AS$553 juta bagi kegunaan tentera yang ditempatkan di sempadan negara itu. – AFP

    India, pengimport pertahanan terbesar dunia, telah melabur berpuluh-puluh bilion dalam mengemas kini perkakasan tentera era Sovietnya untuk menentang pertikaian wilayah berlarutan dengan negara jiran yang bersenjatakan nuklear, China dan Pakistan.

    India dan China pernah bertempur dalam peperangan singkat pada 1962 di sempadan mereka dan pada tahun lalu terlibat dalam pertarungan selama beberapa bulan mengenai dataran tinggi Himalaya yang dipertikaikan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda