Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Sentiasa bersyukur dengan nikmatNya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Bentuk syukur itu amat luas, pelbagai cara dan tidak terbatas atas nikmat yang baik sahaja malahan segala ujian, cubaan dan dugaan yang dihadapi juga merupakan nikmat khusus yang patut disyukuri bagi orang yang memahami erti syukur.

    Justeru sebagai hamba yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan hadis, kita hendaklah sentiasa menadah tangan tanda syukur kepadaNya atas segala nikmat yang dikurniakan serta reda dan percaya bahawa setiap kejadian ada hikmah dan pengajaran di dalamnya.

    Perkara itu disentuh dalam intipati tazkirah Malam Munajat ke-63 kelmarin yang disampaikan oleh Atase Pelajaran dan Kebudayaan, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Mesir, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa.

    Hadir secara maya pada program anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Malam Munajat minggu ini telah mengundang tetamu-tetamu khas terdiri daripada ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, para pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar IBTE, Kumpulan Belia Muallaf As-Syahadah serta Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Mesir

    Selain itu, jemaah dari 96 buah masjid dan surau serta balai ibadat seluruh negara serta warga KHEU dan keluarga mereka turut menyertainya dari kediaman masing-masing.

    Ia juga diserikan dengan bacaan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yasin, Doa Munajat, Asma’ul Husna dan diakhiri Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama undangan khas dari beberapa buah masjid semasa menghadiri Malam Munajat ke-63 secara maya. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...