BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Iman manusia tidak sabit, ia boleh bertambah dan berkurang, iman akan bertambah apabila seorang Muslim itu mentaati Allah dan akan berkurang ketika dia mengingkariNya.
Oleh itu, umat Islam disarankan agar sentiasa membaharui iman dengan mendirikan solat, zikir dan doa.
Ini adalah antara inti pati tazkirah subuh bertajuk ‘Perbaharui Imanmu’ yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Dr Haji Badaruddin bin Pengiran Abdul Rahman semasa Program ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ minggu ini di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)