Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sentiasa telus lapor status kesihatan

    Baru saja seminggu negara kita melonggarkan beberapa langkah pengawalan COVID, namun kes baharu jangkitan melonjak drastik kepada 753 kes, apatah lagi jika sempadan darat dan laut yang dicadangkan dibuka pada 1 Ogos ini dilaksanakan.

    Memang tidak dinafikan cadangan pembukaan sempadan berkenaan berpandukan kepada jumlah pesakit dalam kategori 4 dan 5 sebagai indikator utama untuk merealisasikannya, namun jika rancangan ini tetap diteruskan tidak mustahil berlakunya lagi lonjakan berikutan orang awam yang tidak sabar untuk membuat perjalanan ke negara jiran.

    Tidak mustahil ada yang tidak akan telus melaporkan status kesihatan dan pemeriksaan ujian ART mereka kepada pihak relevan. Ini kerana semenjak pembatalan imbasan kod QR BruHealth ada sesetengah penduduk tidak bertanggung jawab dan mementingkan diri sendiri memasuki premis dengan keadaan kurang sihat dan apabila ditegur beliau menunjukkan kod beliau berwarna hijau dan ujian ART negatif.

    Bagaimana pula sempadan kelak? Sebagaimana menurut Sama-sama Beingat dalam surat pembaca disiarkan dalam Media Permata minggu lalu, bersediakah kita menerima risiko daripada pelonggaran ini? Dalam keseronokan kita menunggu sempadan yang hendak dibuka sepenuhnya, kita perlu peka dan jangan terlebih seronok semasa berada di luar negara sehingga lupa akan kewaspadaan dan keselamatan diri.

    Bersikaplah telus melaporkan status kesihatan dan ujian saringan agar sama-sama membantu menghalang penularan wabak.

    Ingau

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...