Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Sentral Siuk tarik pelanggan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 30 Julai – Pusat Membeli-belah KBSentral telah mengembalikan kemeriahan berbelanja di pusat tersebut dengan mengadakan Sentral Siuk buat kali kedua yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Sentral Siuk yang mempamerkan jual-jualan pelbagai produk dan aktiviti itu dimulakan dari jam 10 pagi hingga 9 malam di kawasan aras lantai pusat berkenaan bertujuan untuk menjadikan KBSentral sebagai lokasi berbelanja yang sentiasa digemari oleh penduduk setempat.

Jualan anjuran Bahagian Pengurusan Acara KBSentral, bertujuan untuk membukakan peluang kepada peniaga-peniaga tempatan mengetengahkan produk dan fesyen-fesyen serta barangan perhiasan yang menjadi kegemaran masa kini.

Dalam memeriahkan acara berkenaan, sebanyak enam petak jualan telah disediakan, di samping turut menyediakan aktiviti permainan bagi kanak-kanak dan sebagainya.

Acara berkenaan turut dianjurkan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun.

Sentral Siuk di KBSentral diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu.
Sentral Siuk di KBSentral diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -