Sentuhan 80an, berseni dan kreatif

Gambar oleh AFP

Jenama mewah Chanel telah menukarkan sangkar burung kecil menjadi sebuah beg kecil dan diperagakan semasa pertunjukan Fesyen di Paris baru-baru ini yang bertemakan ‘Metier D’Art’.

Pertunjukkan fesyen ini juga bertepatan dengan tujuan untuk mempamerkan kraf tangan paling rumit termasuk Iacy Creations dan shiny tweed suits.

Pangsapuri Paris di mana pengasas, Coco Chanel pernah tinggal pada awal tahun 1900an dan di mana koleksi tersebut dipamerkan kepada khalayak malah model menuruni tangga yang cantik untuk memperagakan busana berkenaan.

Ada sesetengah busana mengenakan rantai panjang mutiara manakala ada juga busana yang disulami dengan batu-batu berharga yang mengagumkan. Rhinestones dan butang emas menambahkan lagi kecantikan untuk busana jumpsuits dan jaket manakala selebihnya dipenuhi dengan corak bunga dan sebagainya.

Selain mempamerkan satu keunikan daripada segi lakaran dan reka bentuk, jenama Chanel turut mengadaptasikan sentuhan era 80an dalam koleksi terbaharu jenamanya itu. Selain itu juga, Chanel turut menggunakan aksesori yang pelbagai untuk memberikan kesegaran kepada busana-busana yang diperagakan pada hari tersebut. – Agensi