PARIS – Sering dengan perkembangan dunia fesyen, para pereka sedaya upaya berusaha mencari sesuatu yang baharu dan terbaik bagi menghasilkan gaya dan rekaan tersendiri.
Tidak ketinggalan jenama dan pereka Jepun, Issey Miyake, yang terkenal dengan gabungan elemen rekaan fesyen Timur dan Barat dalam membawa kelainan.
Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 Issey Miyake membawa kejutan di pentas pertunjukan Minggu Fesyen Paris baru-baru ini, dengan mempersembahkan konsep kesederhaan dalam rekaan. Namun ia telah menampilkan rekaan yang mengagumkan melalui kreativiti yang cuba diperkenalkan dari sumber bahan yang digunakannya bagi menarik perhatian penonton dan penggemar fesyen.
SENI REKA INDAH, MENARIK
Koleksi terbaharu Issey Miyake digambarkan seperti puitis dalam seni kraf tangan yang ringkas. Sama seperti pertunjukan rumah fesyen sebelum ini, koleksi tersebut menggabungkan teknik inovatif dengan tradisi – ciri yang berterusan di bawah visi ciptaan Satoshi Kondo.
Kali ini, pasukan pereka berkenaan meneroka kertas sebagai medium dan inspirasi, menyelidiki tekstur yang ringan dan rasa nostalgia.
Jika persembahan sebelum ini mempamerkan gaya dalam bentuk geometri dan halus, akan tetapi koleksi baru-baru ini adalah mengenai kerapuhan dan kekuatan kertas melalui pakaian yang terdedah, berlisu dan lipatan berinspirasikan origami.
Koleksi bermula dengan pakaian kamiko – pakaian yang diperbuat daripada kertas washi tradisional – yang memberi penghormatan kepada kraf tangan Jepun berusia ratusan tahun. Pakaian tersebut tidak layak dan sesuai untuk dipakai sebelumnya.
Busana berasakan Fold-to-Form itu mencerminkan kecemerlangan kemahiran seni reka, dengan lipatan penjuru, berinspirasikan origami. Ia bagaikan lanjutan daripada legasi semula jadi Miyake, gabungan inovasi dan refleksi tentang masa lampau.
Tumpuan rumah fesyen itu pada tekstil cenderung beralih kepada konsep melampau.
Ciri-ciri kejernihan, misalnya, dengan rekaan fabrik yang jarang, mempunyai keindahan halus yang boleh dijangkakan secara menyeluruh, di mana metafora di sebaliknya menjadikannya terasa seperti pakaian biasa. – AP