Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Sentuhan Nostalgia Prada

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

    Gambar oleh Vogue

    SETELAH pertunjukan Prada beberapa minggu yang lalu, Miuccia Prada sekali lagi muncul dengan menampilkan lagi busana yang sesuai untuk remaja dan menampilkan busana yang kelihatan gagah sesuai dengan penerapan idea untuk memperkasa lagi kehebatan remaja-remaja untuk sentiasa berkeyakinan dan bersemangat tinggi.

    Selain itu, Prada turut memasukkan elemen dan sentuhan busana yang bercirikan tahun 1990an dan moden sekali gus membentuk revolusi yang menarik dan menakjubkan ditambah lagi aksesori yang bertepatan dengan kesesuaian busana.

    Pertunjukan fesyen kali ini sedikit sebanyak memaparkan mod yang pelbagai dan sedia untuk dipakai oleh golongan remaja yang berpendirian tegas dan berani serta berwibawa.

    Sentuhan nostalgia

    Selain itu, Prada turut menggabungkan ikonografi nostalgia dalam pertunjukan busana kali ini di mana kebanyakan busana menggunakan warna yang gelap dan juga terang.

    Kebanyakan busana ini cuba untuk meningkatkan lagi keanggunan, kecomelan dan kecantikan pengguna serta sangat mesra dengan persekitaran media sosial iaitu ia sangat sesuai digambar dan dimuat naik dalam media sosial sehingga menyerikan lagi pemakai busana tersebut.

    Justeru, tidak dinafikan lagi bahawa busana-busana ini sangat sesuai untuk para remaja yang mahu tampil hebat dan berkeyakinan tinggi, apatah lagi diserikan dengan fabrik yang mempunyai pelbagai bentuk lakaran seperti corak bunga, kartun dan sebagainya

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...