Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Sentuhan terakhir sebelum parti Jubli Platinum ratu bermula

    BIDFORD-ON-AVON, UNITED KINGDOM, 29 MEI – Minggu depan, orang ramai di seluruh UK dan sekitarnya akan meraikan ulang tahun Jubli Platinum ratu berusia 96 tahun, menandakan tahun ke-70 menaiki takhta.

    Dan di perkampungan kecil Bidford-on-Avon, semuanya perlu sempurna bagi majlis tersebut.

    Di sini, seperti juga di kebanyakan tempat di UK, Ratu Elizabeth II tetap popular dan pasukan kecil sukarelawan bekerja keras untuk memastikan acara itu sesuatu yang menjadi ingatan.

    “Saya bangun pada jam tiga atau empat pagi dan tiba-tiba saya terfikir sesuatu yang kita mungkin lupa untuk memesannya,” kata Suze Meredith, pengerusi jawatankuasa Jubli Platinum di kampung itu.

    Hanya tinggal beberapa hari sebelum perayaan bermula, dia bekerja 24 jam untuk memastikan semuanya sempurna pada masanya.

    Peranannya di kampung cantik di tengah England itu menjadi ‘sepenuh masa sepanjang tiga bulan ini’, katanya kepada AFP.

    Pagi itu, anggota bomba muncul bersama tangga panjang untuk menggantung bendera merah, putih dan biru di sepanjang jalan. Beberapa jam kemudian, sekumpulan penari tradisional mengadakan latihan akhir.

    Setiap butiran terperinci telah dilaksanakan bagi cuti hujung minggu bermula 2 hingga 5 Jun itu.

    Program selama empat hari itu termasuk dekorasi rumah terbaik dan pertandingan kebun, pertandingan pakaian menarik, larian obor, konsert serta pameran dan taklimat. – AFP

    Kanak-kanak bergambar memakai mahkota yang diperbuat daripada tumbuhan di Bidford-On-Avon pada 27 Mei, sebagai persediaan bagi perayaan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...