Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Senyum atau berisiko didenda

    MANILA, 14 JULAI – Seorang datuk bandar Filipina telah mengarahkan kakitangan awam untuk senyum, atau berisiko didenda, ketika beliau cuba untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan setempat.

    Aristotle Aguirre yang juga jurupulih pekerjaan sebelum bertanding pada pilihan raya 9 Mei memperkenalkan ‘dasar senyum’ bulan ini selepas mengangkat sumpah di bandar Mulanay di wilayah Quezon, pulau utama Luzon.

    Dasar itu perlu diadaptasi ‘semasa memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan penuh kejujuran, menunjukkan suasana kemesraan dan tenang,’ menurut arahan eksekutif itu.

    Aguirre berkata langkah itu adalah respons pada aduan penduduk setempat terutama petani kelapa dan nelayan, tentang layanan kurang mesra yang diterima daripada kakitangan dewan perbandaran apabila mereka hendak membayar cukai atau meminta bantuan.

    “Apabila mereka tiba di sini, dalam perjalanan satu jam dari perkampungan terpencil, mereka terkejut melihat sikap orang yang berurusan dengan mereka di majlis perbandaran ini,” kata Aguirre.

    “Majlis perbandaran perlu mesra perniagaan,” kata Aguirre, anak lelaki bekas setiausaha keadilan dalam pentadbiran bekas presiden Rodrigo Duterte.

    Kakitangan yang tidak mematuhi arahan itu akan didenda setara dengan gaji enam bulan atau dipecat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...