‘Senyuman maut’ Kuratas

5 tahunTOKYO, 3 Ogos 2012 – Sebuah syarikat elektronik Jepun telah mendedahkan robot setinggi 13 kaki yang boleh dikawal menggunakan iPhone.

Namun kena berhati-hati jika anda bergurau semasa mengendalikan telefon, kerana robot yang direka oleh industri berat Suidobashi di Tokyo itu membawa satu makna iaitu ‘bidikan kegembiraan’.

‘Kuratas’ dilengkapi dengan sistem senjata futuristik, termasuk snjata gatling yang berkemampuan menembak 6,000 peluru BB seminit, yang menembak apabila jurupandunya tersenyum.

Kuratas boleh dikawal sama ada melalui kokpit perseorangan atau hanya menggunakan telefon pintar yang bersambung dengan rangkaian 3G.

Robot yang akan dijual dengan harga 900,000 pound itu memiliki kira-kira 30 penyambung hidraulik, di mana pemandunya boleh menggerakkannya dengan kawalan gerakan.

Anda juga boleh menggunakan sistem kawalan MasterSlave, di mana anda boleh menggerakkan versi kecil robot Kuratas, bagi menggerakkan robot bersaiz lebih besar mengikutinya.

Pasukan pereka syarikat itu telah mengusahakan robot berkenaan sejak 2010, dan menyiarkan video di mana Anna (jurupandu) memberikan arahan satu persatu mengenai bagaimana untuk mengendalikan Kuratas.

Menyedari bahawa kemungkinan adanya kecacatan dengan sistem melepaskan tembakan, satu video memberi amaran kepada jurupandu untuk tidak tersenyum semasa mengendalikan senjata Kuratas.

Robot berkaki roda empat itu mudah untuk dipandu dan jurupandu akan dapat memandunya pada kelajuan 6.5 bsj.