Seo Ye Ji undur diri dari Island

Bintang utama It’s Okay Not To Be Okay, Seo Ye Ji pernah membatalkan sidang media untuk filem terbarunya Recalled yang dikeluarkan pada bulan lepas akibat kontroversi yang melanda dirinya. Dan baru-baru ini, Seo Ye Ji dilaporkan tidak akan mengambil bahagian dalam drama OCN yang akan datang, Island.

Menurut NAVER, agensi Seo Ye Ji, GOLDMEDALIST, telah mengesahkan bahawa Seo Ye Ji tidak akan membintangi drama OCN yang akan datang berjudul Island.

“Keputusan muktamad telah dibuat untuk Seo Ye Ji untuk tidak membintangi drama Island,” jelas Agensi Seo Ye Ji

Walau bagaimanapun, Seo Ye Ji memilih untuk tidak membintangi drama ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Sejak dihimpit kontroversi, banyak jenama hebat membatalkan perjanjian yang sedang berlangsung dan akan datang dengan aktres itu.

Kontroversi yang berlaku turut membuatkan peminat berbelah bahagi ketika Seo Ye Ji terkenal dengan watak dingin Ko Moon Young dalam drama Its’s Okay Not To Be Okay, yang menyebabkan ramai yang percaya bahawa dia sebenarnya seperti watak itu.

Seo Ye Ji menjadi sasaran warganet yang mengaku bersamanya di sekolah dan mendakwa bahawa Seo Ye Ji membulinya di dalam kelas.

Dia kemudian dihimpit dengan pelbagai kontroversi lain mengenai latar belakang pendidikan palsu, menganiaya kakitangan dan kontroversi terbesar adalah memanipulasi bekas kekasihnya, Kim Jung Hyun sewaktu penggambaran drama Time.

Teks mesej peribadi pelakon berkenaan turut dibongkar oleh Dispatch. – Agensi

Seo Ye Ji dilaporkan tidak akan mengambil bahagian dalam drama OCN yang akan datang, Island. – Agensi