Seo Yi Sook ambil tindakan, difitnah meninggal dunia 

Pelakon Seo Yi Sook bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portol online yang mengeluarkan artikel palsu berhubung kematiaanya.

Memetik laporan Soompi, peminat terkejut apabila membaca sebuah artikel dengan tajuk mengatakan ‘Aktres Seo Yi Sook meninggal dunia akibat serangan jantung’.

Artikel tersebut juga lengkap dengan nama wartawan yang mendakwa mayat Seo Yi Sook ditemui di rumahnya pada baru-baru ini.

Bagaimanapun, pihak media tersebut menafikan artikel palsu tersebut dikeluarkan oleh portal mereka.

Menerusi kenyataan rasmi agensi pengurusan Seo Yi Sook, mereka mahu pihak yang menyebarkan berita palsu itu bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

“Sebaik saja tamat cuti umum, kami akan ambil tindakan undang-undang. Ini bukan kali pertama perkara tersebut berlaku.

“Malah berita sebegitu merupakan kali kedua sepanjang tahun ini. Disebabkan berita palsu ini sudah tersebar, kami akan pastikan pihak itu bertanggungjawab,” katanya.

Sekitar Julai lalu, berita kematian pelakon drama siri Hotel Del Luna itu turut tersebar menerusi portal yang sama. – Agensi

Seo Yi Sook berang apabila dikatakan sudah meninggal dunia akibat serangan jantung. – Agensi