Seorang anak damit lahir dalam kereta api

KOLKATA, 9 OKTOBER 2009 – Seorang anak damit yang baru sahaja lahir telah selamat tanpa sebarang kecederaan selepas dilahirkan dalam tandas kereta api India.

Rinku Debu Ray, 28, tiba-tiba hendak melahirkan ketika menaiki sebuah kereta api ekspres yang sedang melewati negeri Benggali Barat.

Menurut Times of India dan Hindustan Times, Ray melahirkan anak damitnya di tandas kereta api namun terjatuh melalui lubang tandas menuju ke rel di bawah kereta api.

Ray yang kebingungan melompat dari kereta api membuat penumpang lain menarik kabel kecemasan kerana mereka yakin dia berusaha untuk membunuh diri.

“Kami turun daripada kereta api dan mula mencari isteri saya. Selepas satu jam, kami mendapati Rinku duduk di sisi perlintasan dengan seorang anak damit di pangkuannya,” kata suaminya, Bhola Ray, 33, kepada Hindustan Times.

Ibu dan anaknya kembali menaiki kereta api dan dibawa ke stesen yang berdekatan, kemudian ke rumah sakit di mana doktor menyatakan mereka berdua dalam keadaan sihat.