Seorang dilepaskan, seorang lagi ke Mahkamah Tinggi

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Kes pasangan warga Indonesia yang didakwa memiliki wang kertas $10,000 yang dipercayai palsu telah didengarkan lagi di Mahkamah Majistret, kelmarin.

Muntahar, 43, dan Nurdianah Tuasikal, 28, didakwa memiliki 12 keping wang kertas $10,000 apabila mereka diperiksa di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 4:44 petang, 17 November. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Atas permohonan pihak pendakwaan, Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Hussain membenarkan Nurdianah Tuasikal dilepaskan tetapi tidak dibebaskan daripada dakwaan berkenaan manakala itu, kes terhadap Muntahar telah dipindahkan kepada Mahkamah Tinggi yang akan didengarkan pada 10 Disember.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Affyian Abdul Rahman.