Seorang kelasi dibunuh, 15 diculik lanun

ANKARA, 24 JAN – Lelaki bersenjata membunuh seorang kelasi dan menculik 15 yang lain daripada sebuah kapal kargo Turki di luar pantai Nigeria, lapor agensi berita Turki Anadolu hari ini.

Ia meninggalkan tiga anggota kru untuk mengendalikan kapal Mozart milik sebuah syarikat Turki, kata agensi. Lelaki yang terbunuh berasal dari Azerbaijan.

Saluran berita Turki NTV bercakap kepada kelasi yang masih berada dalam kapal yang memberitahu bahawa anggota kru mengalami kecederaan.

Mozart sedang dalam perjalanan dari ibu negara Nigeria Lagos ke Cape Town di Afrika Selatan apabila ia dirampas semalam. Ia kini sedang belayar ke Gabon.

“Saya tidak tahu di mana kapal sedang menuju,” kata suara yang dirakam di Twitter dan dipercayai datang daripada kapten terbaharu Mozart.

“Lanun memutuskan kabel, dan hanya radar yang berfungsi sekarang,” katanya. – AFP