Wednesday, August 17, 2022
23.9 C
Brunei

Seorang lagi meninggal dunia

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Satu lagi kes yang telah disahkan positif COVID-19 telah kembali ke rahmatullah, hari ini, umum Kementerian Kesihatan pada sidang media petang tadi.

“Allahyarham ialah seorang lelaki berumur 80 tahun yang merupakan Kes 1458 yang telah didapati positif pada 22 Ogos 2021,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

Menurut Yang Berhormat Dato, kes tersebut mengalami masalah jangkitan paru-paru setelah dijangkiti COVID-19.

Sehubungan itu, demi menjaga kerahsiaan dan menghormati privasi keluarga kes ini, Yang Berhormat Dato tidak mengongsikan butiran peribadi Allahyarham.

“Orang ramai juga dipohonkan untuk sama-sama menghormati dan tidak menyebarkan maklumat berkaitan kes tersebut,” katanya.

“Di kesempatan ini, saya mewakili warga Kementerian Kesihatan dan seluruh rakyat negara ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solehin. Al-Fatihah.”

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -