Seorang lagi pesakit COVID-19 meninggal dunia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Satu lagi kes yang telah disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia pada hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, kes tersebut ialah seorang lelaki berumur 66 tahun yang merupakan Kes 5019.

Yang Berhormat Dato memaklumkan berita itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

“Kes ini telah mengalami masalah paru-paru setelah dijangkiti COVID-19 dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif, Pusat Pengasingan Kebangsaan,” jelas beliau lagi.

Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.

“Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi pemergiannya,” katanya lagi.