KUALA LUMPUR, 9 FEB – Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun menjadi individu terbaru positif koronavirus novel 2019 (2019-nCoV), menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 17 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita berkenaan merupakan ibu mertua kepada kes warganegara Malaysia yang dilaporkan pada 4 Feb 2020 lepas, iaitu kes kesembilan.
Menurutnya, wanita berkenaan mempunyai beberapa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, lumpuh separuh badan, seorang pesakit jantung yang menggunakan perentak jantung serta pergerakan yang terhad. – Bernama




























