Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang lagi wanita China diberkas

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seorang wanita warga China telah ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu memberikan khidmat seks.

    Zhu Yinfeng, 38, ditahan dalam operasi serbuan yang dijalankan di salah sebuah hotel di kawasan Gadong dan dibawa ke Balai Polis Pusat untuk siasatan lanjut, menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB.

    Dalam serbuan tersebut pihak polis telah menemui serta merampas beberapa barang bukti seperti wang tunai dan beberapa keping kondom.

    Antara bahan bukti yang dirampas semasa operasi serbuan di salah sebuah hotel di kawasan Gadong.

    Siasatan awal mendapati wanita tersebut telah berada di negara ini selama tujuh hari dan masuk menggunakan pas pelawat.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22, Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks.

    PPDB dalam kenyataannya meminta masyarakat awam untuk mengongsikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kegiatan jenayah ke balai-balai polis yang terdekat atau hubungi talian kecemasan polis 993.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda