Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Seorang lemas, 16 hilang bot terbalik

    MADRID, 4 FEB – Sekurang-kurangnya seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas dan 16 lagi hilang selepas perahu mereka terbalik di Lautan Atlantik malam kelmarin.

    Tragedi berlaku kira-kira 35 kilometer dari pulau Fuerteventura di Sepanyol. Perkhidmatan kecemasan menyelamatkan dan membawa keluar kira-kira 41 orang dari sampan yang sudah separuh tenggelam manakala pengawal pantai menemui satu mayat di laut.

    Timbalan ketua perwakilan kerajaan pusat di Kepulauan Canary, Teresa Mayans, berkata beberapa mangsa yang terselamat memaklumkan 16 rakan mereka hilang di laut. Menurut data Kementerian Dalam Negeri, pulau-pulau Sepanyol di luar pantai Afrika Barat menjadi destinasi utama PATI yang cuba menyeberang ke Eropah dan tahun lalu mencatatkan peningkatan tertinggi kedatangan PATI.

    Sejumlah 22,316 PATI tiba di Pulau Canary secara haram pada 2021, berbanding 23,271 pada tahun sebelumnya. Kumpulan hak asasi, Walking Borders pula berkata lebih 4,400 PATI, termasuk sekurang-kurangnya 205 kanak-kanak hilang di laut ketika cuba menuju ke Sepanyol pada 2021, lebih dua kali ganda berbanding 2020 dan paling ramai sejak 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...