MOSCOW, 26 NOV – Pasukan penyelamat menemui seorang mangsa yang terselamat dalam lombong arang batu Siberia di mana puluhan pelombong dianggap terkorban selepas letupan metana, menurut pengumuman oleh pegawai kanan hari ini.
Sergei Tsivilyov, gabenor wilayah Kemerovo di mana terletaknya lombong tersebut, berkata seorang mangsa terselamat ditemui di lombong Listvyazhnaya di barat daya Siberia, dan “dia telah dihantar ke hospital.”
Dia tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai mangsa yang terselamat dan di mana dia ditemui.
Enam mayat lagi ditemui, menjadikan keseluruhan korban kepada 20 manakala 31 lagi masih hilang.
Beberapa jam selepas letupan gas metana yang meliputi lombong dengan gas toksik semalam, para penyelamat menemukan 14 mayat namun terpaksa menghentikan usaha menyelamat disebabkan oleh peningkatan gas metana dan karbon monoksida dari api. 239 lagi berjaya diselamatkan, 63 daripadanya awal pagi tadi, yang memerlukan pemeriksaan kesihatan, menurut pegawai Kemerovo. – AP
