Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Seorang maut, 14 cedera kereta api bertembung

    FRANKFURT, 15 FEB – Seorang terkorban dan 14 yang lain cedeta semalam apabila dua kereta api penumpang bertembung berhampiran Munich di selatan Jerman, kata polis.

    Punca nahas yang berlaku pada kira-kira 16:40 waktu tempatan masih tidak diketahui.

    Gambar dalam media tempatan menunjukkan penumpang berdiri bersebelahan landasan selepas perlanggaran, dengan sekurang-kurangnya sebuah gerabak yang tergelincir sebahagiannya jelas kelihatan.

    “Seorang maut dalam perlanggaran dua kereta api S-Bahn, dan 14 lagi cedera,” ciap polis Munich di Twitter.

    Nahas berlaku berhampiran stesen kereta api S-Bahn di Ebenhausen-Schaeftlarn, barat daya Munich, dengan dua kereta api penumpang saling merempuh di satu landasan.

    Dua kereta api S-Bahn yang rosak kelihatan di tempat kemalangan sehari selepas perlanggaran di Schaeftlarn, Jerman kelmarin. AP

    Lebih daripada 200 pekerja menyelamat dan polis dihantar ke tempat kejadian.

    Seorang mangsa yang cedera pada mulanya terperangkap dalam gerabak tetapi dibebaskan kemudian, menurut polis.

    Akhbar Jerman Bild melaporkan kira-kira 95 penumpang berada dalam dua kereta api itu, dan seorang pemandu telah terperangkap dalam gerabak yang hancur.

    Landasan kereta api di rantau Bavaria, Jerman telah ditutup selepas insiden, dengan perkhidmatan bas pengganti rel beroperasi.

    Sementara itu, seorang penumpang memberitahu akhbar Merkur mereka terasa dentuman kuat dan terhumban di depan kerusi mereka.

    Operator kereta api Jerman Deutsche Bahn berkata pihak berkuasa relevan telah melancarkan siasatan dalam punca kemalangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...