Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, 20 cedera dalam serangan hendap di Thailand

    BANGKOK, 14 Sept – Seorang askar maut dan 20 orang lagi cedera, termasuk dua orang awam apabila pihak yang disyaki pemberontak menyerang hendap satu rondaan tentera di selatan Thailand, menurut pegawai hari ini.

    Rantau majoriti beragama Islam yang bersempadan dengan Malaysia itu telah dicemari dengan kekejaman bagi tempoh lebih sedekad apabila pemberontak etnik Melayu berjuang bagi lebih banyak hak pengurusan di negara majoriti beragama Buddha itu.

    Lebih daripada 6,800 orang telah terbunuh, majoritinya orang awam dalam sebuah konflik yang mengisar jauh dari tajuk utama antarabangsa.

    Mereka memulakan serangan pada pagi ini apabila sebuah bom tepi jalan terkena kenderaan yang membawa renjer-renjer tentera di sebuah kampung pedalaman di daerah Yaha wilayah Yala.

    Letupan kedua diletupkan setengah jam kemudian apabila pakar-pakar skuad bom tiba untuk mengosongkan tempat kejadian, diikuti dengan kejadian tembak-menembak.

    Jurucakap tentera Selatan, Kolonel Pramote Prom-in berkata seorang lans koperal telah mati disebabkan kecederaan yang dialaminya dengan 18 lagi askar cedera dan “dua orang kampung mengalami cedera ringan”.

    Polis daerah Yaha mengesahkan jumlah tersebut.

    Serangan itu tiba apabila junta Thailand mengadakan rundingan-rundingan dengan kumpulan umbrella yang mendakwa mewakili pemberontak-pemberontak untuk menyediakan ‘zon-zon keselamatan’ di selatan apabila ia membentuk gencatan senjata terhad dalam konflik yang telah mula memuncak di seluruh rantau itu sejak 2004.

    Namun pakar-pakar berkata paksi utama dengan perintah dan kawalan ke atas pemberontak itu tidak komited untuk mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua tentera Thailand, yang memperoleh kuasa dalam tahun 2014.

    Barisan Revolusi Nasional (BRN) dipercayai menjadi dalang bagi kebanyakan kejadian kekejaman di rantau itu, meskipun ia tidak pernah mendakwa melakukan sebarang serangan dan menghina publisiti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda