DOHA, QATAR, 22 MAC – Sebuah bangunan runtuh di ibu negara Qatar hari ini, membunuh sekurang-kurangnya seorang individu manakala penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan itu, menurut pihak berkuasa.
Kementerian Dalam Negeri Qatar menggambarkan bangunan itu sebagai sebuah struktur empat tingkat yang terletak di kawasan Bin Durham, Doha. Ia menyatakan pasukan penyelamat telah menemui tujuh orang yang selamat, manakala seorang yang terkorban berada di dalam bangunan ketika runtuhan berlaku.
Anggota pertahanan awam dan polis telah mengepung kawasan itu selepas runtuhan berlaku pada jam 8 pagi, dengan beberapa ambulans dan mesin jentera berada di tempat kejadian. Penduduk diarahkan meninggalkan kawasan itu demi keselamatan mereka. – AP
