Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Seorang maut, dua cedera, paip gas meletup di Lawas 

    LAWAS, 16 NOV – Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) Petronas di Long Ugui, Lawas meletup pada kira-kira 2 petang tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 2:50 petang seletas menerima laporan.

    “Setibanya di lokasi, komander operasi memaklumkan keluasan kebakaran dan letupan dianggarkan pada jarak radius 400 meter dan kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal, sebuah ekskavator, sebum bulldozer dan sebuah lori.

    “Seorang mangsa disahkan meninggal semasa berada dalam ekskavator manakala dua lagi mangsa telah cedera melecur di beberapa anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Hadi Wiyono manakala dua yang cedera hanya dikenali sebagai Hendrick dan Gabriel Meripa.

    Punca kebakaran masih dalam siasatan dan difahamkan pihak Petronas akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...