Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut gempa bumi di El Salvador

    SAN SALVADOR, 11 April – Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan El Savador semalam, menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera.

    Kementerian Alam Sekitar menerusi Twitter berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman empat kilometer bawah permukaan, pada jam 5.32 petang waktu tempatan di wilayah Antiguo Cuscatlan berhampiran ibu negara, San Salvador.

    Polis berkata, mangsa terbunuh apabila batu jatuh ke atas kenderaan dinaikinya di lebuh raya di timur San Salvador. November lalu, gempa bumi kuat luar berukuran 7.0 magnitud menggegarkan El Savador dan Nicaragua, tetapi tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

    Pertubuhan Palang Merah pula berkata dua lagi dibawa ke hospital selepas cedera di kawasan sama.

    Ketua Perlindungan Sivil, Jorge Melendez, berkata beberapa penduduk dipindahkan dari kediaman mereka disebabkan kejadian batu runtuh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda