SINGAPURA, 14 Julai – Seorang lelaki terbunuh dan 10 orang lagi cedera di Singapura hari ini apabila lebuh raya tinggi yang separa dibina yang sedang mereka kerjakan telah runtuh, menurut pihak berkuasa, satu kemalangan pembinaan yang jarang sekali berlaku di negara kota itu.
Pekerja yang maut itu adalah berbangsa cina, manakala tiga orang lagi yang cedera juga berbangsa cina. Tujuh orang lagi berbangsa Bangladesh, menurut para pegawai.
Kira-kira 60 pegawai kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian selepas kemalangan sebelum subuh itu. Gambar-gambar yang disebarkan di online menunjukkan para penyelamat menjalankan usaha mencari di antara runtuhan-runtuhan dan aram-aram yang runtuh pada awal pagi yang kelam.
“Sebelas orang pekerja sedang bekerja di bahagian atas struktur ketika kemalangan berlaku. Seorang pekerja terbunuh dan sepuluh orang lagi cedera,” menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura, dengan menambah kata mereka yang tercedera telah dihantar ke hospital.

Para pegawai berkata kesemua pekerja yang berada di tapak itu kini telah dikesan.
Pihak berkuasa pengangkutan menambah kata bahawa ia telah memulakan penyiasatan keselamatan ke atas punca kemalangan untuk mengetahui jika terdapat sebarang kesilapan yang perlua kami tangani segera.
Kemalangan pembinaan di Singapura jarang sekali berlaku kerana keperluan keselamatan paling ketat di negara kota itu. Kebanyakan kerja pembinaan di Singapura dijalankan oleh pekerja-pekerja penghijrah yang datang ke negara itu dengan permit kerja bagi tempoh singkat. – AFP