Seorang maut, kapal kargo berlanggar dengan bot

TOKYO, 12 SEPT – Sebuah kapal kargo berlanggar dengan bot di pantai Sasebo di barat daya wilayah Nagasaki, menyebabkan seorang maut, lapor Sputnik memetik penyiar NHK hari ini.

Menurut pengawal pantai, kejadian berlaku kira-kira 3:30 pagi waktu tempatan pada Ahad (18:30 GMT, Sabtu), kata NHK.

Penyelamat yang tiba di tempat kejadian menemukan mayat seorang lelaki manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

Bot itu dipercayai dinaiki tiga orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, yang diselamatkan oleh penumpang sebuah lagi bot yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian. Punca kejadian masih disiasat. – Bernama